Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Isnin, 14 Jun 2010

Al-Fatihah buat saudara Rosli bin saufi.......

Ajal maut ketentuan Ilahi. kita manusia hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Petang tadi, teman mendapat berita sedih iaitu salah seorang sahabat teman iaitu saudara Rosli bin saufi telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Usia beliau baru menjangkau 28 tahun. Namun, seperti yang teman nyatakan tadi, ajal ketentuan Ilahi. kita yang hidup perlu redha atas ketentuaNya.
Pada teman, saudara Rosli seorang sangat baik hati dan tidak memilih kawan. Kali terakhir teman bertemu dengan beliau ialah sewaktu solat Jumaat tempoh hari. Di wajah beliau tergambar keceriaan, tiada sebarang tanda-tanda yang beliau akan pergi meninggalkan kita.
Sewaktu jenazah beliau tiba di rumah petang tadi, teman sempat menatap wajah beliau. Sebak hati teman bila terkenang kenangan memancing, bermain bola sepak, bermain perang-perang dan banyak lagi. Beliau bukan sahaja sebagai kawan, malah teman anggap sebagai abang yang banyak memberi teladan yang baik kepada generasi muda.
Buat keluarga Allahyarham, tabahlah menghadapi dugaan ini, sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau..... Alfatihah.....

Selasa, 8 Jun 2010

Memori senapang kayu

Pada satu petang ketika teman sedang enak menghirup segar udara desa, teman telah dikejutkan dengan deruman enjin motosikal. Dari jauh lagi teman sudah dapat meneka empunya bunyi motosikal tersebut. Tekaan teman tepat, motosikal tersebut telah ditunggangi oleh saudara mazlan atau lebih dikenali dengan Lan Doa. Sedang beliau menunggang laju, beliau menoleh kearah rumah teman sambil bersorak, Katanya "Ape la kamu, nak perang dengan aku pun takut!!!!!!".
Teman terpinga-pinga dengan sorakan tersebut. Teman cuba mengingat kembali mengenai peperangan yang dimaksudkan oleh saudara Lan. Seingat teman, teman tidak berseteru dengan Lan, malahan Lan adalah sahabat baik teman sewaktu bersama-sama menanam bunga di R&R Kuala kangsar dahulu. Tidak berapa lama kemudian, baru teman teringat, semalam saudara mazlan ada mengajak teman pergi ke cyber cafe untuk bermain Caunter Strike.
Teman ketawa sendirian apabila mengenang ajakan Lan yang teman tak penuhi itu. Teman sama sekali tidak menyangka yang Lan bersungguh-sungguh hendak berperang dengan teman. Tiba-tiba teman teringat nostalgia lama sewaktu zaman kanak-kanak. masih segar dalam ingatan teman apabila kawan-kawan datang ke rumah teman mengajak bermain perang di kawasan berhampiran sungai Laneh. Perang yang dimaksudkan adalah perang dengan menggunakan senapang kayu.
Teman masih ingat bagaimana, teman dan kawan-kawan sama-sama memotong papan untuk dibentuk menjadi senapang. Kanak-kanak kampung Laneh sememangnya kreatif, Bentuk senapang dipelbagaikan. Ada yang berbentuk M-16, Shotgun malahan ada yang berbentuk Pump Gun.



Kami dibahagi kepada dua kumpulan, setiap kumpulan mestilah bekerjasama melumpuhkan modus operandi pihak musuh. Strategi yang digunakan juga menjadi rahsia sesama pasukan. Jerangkap samar turut dibina. Setiap pasukan seboleh mungkin menawan musuh.Teman masih ingat, bagaimana teman berjaya menembak saudara Epoi iaitu cucu Tok Ajid. Tatkala peluru biji kopi singgah dibelakang tengkuknya, dia menjerit kesakitan. Nasib baik tak mati, hehehehehe..
Namun tembakan teman telah dibalas dengan puluhan peluru biji kopi dari pasukan lawan. Teman telah tumpas di medan perang. Teman telah ditawan dan dibawa ke kubu musuh.Senjata telah dirampas dan teman menjadi tawanan.
Kini, rata-rata mereka yang berperang dengan teman dahulu menjadi perajurit dan memegang senjata. Saudara Epoi sendiri merupakan anggota Polis. Teman pula hanya memegang kapur. Tak layak nak jadi perajurit kerana tak cukup ilmu peperangan sehingga ditawan musuh. Teman terima hakikat itu seadanya.
Era ini, tiada lagi anak-anak desa yang bermain permainan seperti ini.Mereka lebih gemar bermain permainan video. Pada teman, setiap sesuatu itu, ada kebaikan dan keburukan. Namun, setiap kanak-kanak wajar menikmati zaman mereka dengan cara tersendiri agar memori itu akan kekal menjadi kenangan manis.

Prebet Lapok

Jumaat, 4 Jun 2010

Intipati Khutbah Jumaat Masjid Al Raofiah Kampung Laneh

Tarikh: 4 Jun 2010
Disampaikan oleh: Tuan haji Salman

Khutbah yang disampaikan berkisar kepada golongan belia yang menjadi harapan dan tonggak Nusa dan bangsa. Khatib mengingatkan golongan belia agar tidak terus leka dan alpa dalam menjalani hidup penuh pancaroba ini.

khatib sekali lagi mengingatkan golongan belia agar sentiasa berpegang kepada ajaran Al-Quran dan hadis dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Golongan belia sepatutnya mengambil iktibar dari gejala-gejala sosial yang berlaku kini dan berusaha untuk menjauhinya. Khatib juga meminta golongan belia mencontohi belia Ashabul Khafi yang sanggup mempertahankan akidah dan iman mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas sesuatu.

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!