Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Jumaat, 13 Januari 2012

Islam Bertelagah, Kafir Bersorak....

Aku bukan seorang intelektual hebat. Aku juga bukanlah seorang ustaz yang punya jutaan peminat dan aku juga bukan ahli politik yang bisa menabur janji-janji indah. Aku hanya insan biasa yang kerdil dibumi Allah ini. Sungguhpun demikian, aku punya fikir dan akal untuk menilai dan menginterpretasi terhadap situasi yang berlegar di depan mata.
Tajuk yang aku paparkan kali ini agak serius. Mugkin ada dalam kalangan kalian menganggap aku tidak punya kelayakan untuk berbicara soal ini. Terpulanglah, aku sekadar berkongsi kisah dan pendapat. Kisahnya begini, aku kini tinggal dalam persekitaran bukan Islam. Masyarakat di sini semuanya bukan bergama Islam. Apabila disebut bukan beragama Islam, sudah pastilah bukan berbangsa Melayu. Suatu hari ketuaku (bukan Islam) berbicara mengenai isu pemecatan Dr. Hasan Ali. Katanya, mengeluarkan Dr Hassan dari kerajaan Selangor adalah satu langkah yang bijak dan tepat kerana Dr Hassan adalah boneka. Aku hanya diam kerana pada aku, kata-kata beliau tidak lebih dari sekadar pandangan politik. Namun, aku tersentak apabila dia turut mempersoalkan tentang Islamnya Melayu itu dan mengapa hanya Melayu yang beragama Islam? Aku masih belum dapat menangkap maksud sebenarnya sehinggalah dia mempersoalkan relevannya bangsa Melayu memegang kuasa di negara ini. Dari situ aku mula dapat menduga. Bicaranya tidak lagi berlegar dari sudut politik kepartian. Malah lebih dari itu.
Hakikatnya, mereka bukanlah ikhlas menerima kita. Mungkin ada segelintir yang ikhlas namun tidaklah majoriti. Ini bukan kali pertama aku mendengar bicara biadap seperti itu. Namun sejak akhir-akhir ini ia semakin kerap dan dilakukan secara terang-terangan tanpa menghiraukan sensitiviti kita yang berada dihadapan mereka. Pernah sekali di hadapan aku dan kawan-kawan, mereka mempersoalkan Rasulullah yang berkahwin dengan Siti Aisyah pada usia 9 tahun serta memuji-muji tindakan "Benjamin Celaka" yang Murtad di hadapan kami yang beragama Islam.
Persoalannya, mengapa semua ini berlaku? Aku yakin kalian ada jawapannya. Mereka hari ini yakin bahawa kekuasaan Melayu mampu ditamatkan tidak lama lagi. Dan aku juga dapat melihat kebarangkalian itu jika bangsaku yang seagama masih lagi lalai dan alpa dengan sandiwara dunia. Golongan kufar kini sedang jadi tukang sorak. Mengapi-apikan kita supaya terus bertelagah. Seperti yang aku katakan di awal tadi, aku hanya manusia biasa. Aku tidak mampu mengubah dunia. Aku hanya mampu merintih dan berdoa agar Allah S.W.T. membuka pintu hati kaum muslimin dan muslimat untuk kembali kepada tali-tali Allah. Wallahualam.....

1 ulasan:

  1. teman dah letih nak tengok semua ni..
    puak lain bermati matian pertahankan bangsa melayu dan islam...
    tapi ada puak 1 lagi yang rela melacurkan islam dan melayu...matlamat menghalalkan cara...cita2 cuma 1 sahaja...PUTRAJAYA...menjadikan sorang manusia anugerah tuhan jadi PM...islam dan melayu tergadai xper...
    politik tu politik jugak yeop...kalo dan semua tergadai..apa yang kita tinggal...melayu ni harapkan kuasa politik je...ekonomi dan pendidikan memang dah jauh ke belakang....
    jangan silap percaturan...esok tinggal spendar je...adiosss..

    BalasPadam

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!