Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Isnin, 11 Julai 2011

Musim Durian Tiba Lagi!!!!


Ape lagi orang Kampung moh kite balik. Meriahkan suasana kampung macam dulu-dulu. Deroyan yang sedap hanya ade di KUALA KANGSOR... huhuhuhuhu
MOH BALIK YOP, MOH BALIK YONG!!!!!!

Ahad, 10 Julai 2011

Semoga berjaya Pasukan Laneh!


Inilah wajah-wajah pemuda yang menggalas cabaran Laneh dalam liga bola sepak. Untuk pengetahuan kome teman juga pernah menyarung jersi tersebut. Tapi pada zaman teman Laneh melalui zaman gelap. Rakan seperjuangan tahulah kisahnye. Sekarang lain. Pasukan Laneh 2011 adalah yang TERHEBAT!!!! Buat pemain semua teman ucapkan SELAMAT BERJAYA!!!!

Sabtu, 9 Julai 2011

Keliru.......

Pagi ini teman bangun dengan langkah longlai. Semalaman teman tak dapat melelapkan mata. Bicara semalam benar-benar menganggu fikiran. Selesai solat subuh, teman meneruskan rutin harian teman. Buka FB, check e-mail dan baca surat khabar.
Teman sangkakan fikiran teman akan tenang selepas melayari internet ni. Namun, ternyata sangkaan teman meleset. Setiap halaman yang teman layari ada menceritakan demonstrasi yang berlaku semalam. Hal ini menambahkan kerunsingan. Lalu, teman mengambil keputusan untuk berkongsi dengan kome semua. Dah lama tak menulis. Kekok juga rasanya. Turut terbit risau apabila ingin berkongsi rasa dan pendapat dengan orang lain. Maklumlah, setiap dari kita mempunyai rasa dan pendapat yang berbeza. Teman harap kome dapat berfikir dari sudut yang positif. Demi kebaikan bersama.
Pada teman, apa yang berlaku semalam tidak memberikan apa-apa. Lebih banyak keburukan dari kebaikan. Hati teman terusik apabila melihat anak bangsa teman menjerit dan memekik. Menuntut sesuatu untuk kepentingan orang lain. Mereka sebenarnya keliru. Namun, siapalah teman untuk menyedarkan mereka. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk antara kebenaran dan kepalsuan........

*Risau dengan keluarga yang menetap di KL

Sabtu, 4 Jun 2011

Jampi Bangsaku oleh Aziz Deraman..Renung-renungkan...

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diujian sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara jatuh di selatan
Jatuh di timur jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tp dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!