Huhuhuhuhu.... Gempor, hebat, menarik, awesome!
LANEH TEAM, Kampung Laneh Satu Hati!
Kampung Laneh
Bukan Sekadar Informasi.....
Halaman
Sabtu, 19 Januari 2013
Jumaat, 21 Disember 2012
Hari Ini Dalam Sejarah.
Hari ini tanggal 15 Disember 2012 merupakan hari bersejarah buat Puan Nadia iatu anak encik Bedui kerana hari ini beliau telah bergelar seorang isteri. Tambah manis lagi apabila inilah merupakan kali pertama majlis perkahwinan diadakan di Dewan orang ramai Kampung Laneh. Menurut Tuan Hj wahab Razman, perkahwinan puan Nadia ini merupakan sesuatu yang lain dari yang lain. Tambah beliau lagi, beliau bercadang untung menyandingkan anak-anaknya di perkarangan dewan suatu masa kelak. Ahli JKKK merangkap Biro belia Kampung Laneh, Tuan Hj Shahir Hussein, menyatakan beliau turut bercadang melangsungkan perkahwinan beliau bersama gadis pujaanya di Dewan Orang Ramai Kampung Laneh. Tuan Hj Shahir menyatakan, ibunya telah bersetuju dengan gadis pilihan beliau. Sidang media sempena perkahwinan beliau akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Ketika majlis perkahwinan Pn Nadia diadakan, dianggarkan 1000 tetamu telah hadir. Along anak En. Musa yang tinggal di Terengganu turut balik semata-mata ingin hadir kenduri ini. Begitu juga dengan En. Keba dan kawan-kawan yang sanggup bangun awal pada hari ini.
Sedara Sufian selaku sepupu pengantin yang masih bujang, telah menyumbangkan gam:bar-gambar sekitar perkahwinan. Gambar-gambar ini diambil menggunakan telefon bimbit Galaxy Note milik beliau. Beliau merupakan satu-satunya pemuda Laneh yang mampu membeli telefon seperti itu. Hal ini telah membuat Biro belia Kampung cemburu dan berbulu menyaksikan tingkah sedara Sufian mengambil gambar.
Pada sebelah petang, En.Din yang selaku DJ telah menjemput beberapa orang tetamu menyampaikan lagu. Mereka telah disaring terlebih dahulu sebelum menyampaikan lagu (berkaraoke). Saringan ini penting bagi mengelakkan cuaca yang cerah bertukar mendung. Saudara JM Sadat telah mendendangkan beberepa buah lagu. Kelunakan sura beliau membuatkan tetamu tidak mahu berganjak. Diberitakan JM Sadat akan mnyertai pertandingan nyanyian MENTOL pada tahun 2013 nanti... Sekian, Wassalam!
Ahad, 23 September 2012
Anak Laneh Merentas Selat Inggeris
Atan berada di belakang, posisi paling kanan menggenggam tangan tanda puas!
Jumaat, 31 Ogos 2012
Salam kemerdekaan 55
Assalamualaikum,
Tak kisahlah apa atau siapa pun kita. Tak kisahlah samada janji ditepati atau janji dimungkiri. Tak kisahlah apa wadah perjuangan kita hari ini. Yang patut dikisahkan, MALAYSIA negara kita. Kalau musnah negara ni, mana kita nak pergi? Teman merujuk kata-kata cikgu sekolah teman dulu, katanya "kalau MALAYSIA huru-hara atau MALAYSIA kita ni didatangkan BALA, orang Cina boleh balik negara China, orang India boleh lari ke India. Kerajaan negara deme, bila-bila masa jer akan menerima mereka kembali. Orang MELAYU nak lari kemana? Indonesia? Mau dikejornyer kita dengan parang. Oleh itu, sedarlah! MALAYSIA ni adalah satu-satunya TANAH TUMPAH DARAH KITA orang MELAYU. Sepatutnya, sambutan kemerdekaan dapat menyatu-padukan kita. Polemik-polemik yang merugikan kita tidak sepatutnya timbul. Hal ini kerana, majoriti datuk moyang kita dulu berjuang menuntun kemerdekaan menggunakan wadah yang sama. Hari ini, kerana wadah yang berbeza, kita berpecah-belah. Perkara sebegini tidak menguntungkan.
Teman tertanya-tanya, adakah kemerdekaan yang kita telah kecapi selama 55 tahun akan kekal untuk 55 tahun yang akan datang? Bagaimana pula nasib anak cucu kita 55 tahun akan datang jika hari ini bibit perselisihan dan perpecahan semakin ketara? Persoalan ini, teman tinggalkan untuk kalian semua.
Sumber foto: Mr.Razeli
Menyentuh soal, jiwa dan roh merdeka anak-anak muda hari ini masih boleh dipersoalkan. Kami anak-anak muda tidak berada di zaman penjajahan. Maka tidak hairanlah semangat kami tidak sehebat pejuang dahulu. Pendapat teman persepsi sedemikian tidak harus wujud dalam fikiran dan jiwa anak muda. Perjuangan mempertahankan KEMERDEKAAN lebih maha hebat dan lebih maha dahsyat berbanding perjuangan mendapatkan KEMERDEKAAN itu sendiri. Bangunlah, sedarlah wahai anak muda tiang agama, nusa dan bangsa. Tugas kita yang menanti kita lebih hebat dan berat. Generasi terdahulu telah menunaikan janji mereka buat kita. Generasi terdahulu telah melunaskan tanggungjawab mereka kepada kita. Kini, tanggungjawab kita pula untuk menunaikan janji buat generasi akan datang. Bangkitlah anak muda pejuang agama, nusa dan bangsa. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!Selasa, 28 Ogos 2012
Cikgu Jamil Rashid Ali, insan yang menginsankan insan!
Aidilfitri baru-baru ini, teman dan para pemuda Laneh telah berkesempatan menziarahi encik Jamil Rashid Ali (Cikgu) iaitu guru yang pernah menabur budi selama 18 tahun di Sekolah Kebangsaan Laneh. Generasi teman cukup mengenali beliau. Begitulah juga dengan generasi sebelum teman. Beliau terkenal dengan ketegasan dan kesungguhan beliau dalam mendidik kami. Sehingga banyak diantara kami (anak-anak muridnya) menjadi "orang". Keprihatinan beliau memang tidak ada tolok-bandingnya. teman masih ingat bagaimana beliau setiap hari menjemput Allayarham Sudin yang enggan bersekolah. Beliau turut membelikan kelengkapan persekolahan untuk Allayraham yang pada ketika itu bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kami bukan sahaja diajar malah turut dididik oleh beliau. Berani teman katakan bahawa beliaulah antara guru terbaik yang pernah ada di sekolah tersebut. Kata-kata dan ucapan beliau menjadi hikmat buat kami. Beliau banyak mencorak pemikiran dan budaya murni dalam diri kami. Sebagai seorang guru kini, Teman sendiri pun banyak mengikut perwatakan beliau dalam mendidik anak-anak murid teman. Rumah beliau terletak di Padang Rengas. Sebelum pergi, teman telah diberitahu bahawa cikgu dalam keadaan tidak sihat. Teman pun sudah lama tidak bertemu dengan cikgu. Seingat teman, kali terakhir teman bertemu beliau ialah pada tahun 2004 iaitu sebulan sebelum teman menjejakkan kaki ke universiti. waktu itu, beliau sihat dan kelihatan ceria.
Tidak bertemu beliau selama hampir 7 tahun adalah satu tempoh yang panjang, berada di luar kawasan membataskan teman. Teman banyak mendengar berita mengenai cikgu daripada orang tua teman yang sering bertemu beliau. Menurut orang tua teman, cikgu Jamil mengalami masalah penglihatan. Sebaik sahaja teman dan kawan-kawan tiba di rumah beliau, teman sangat terkejut melihat keadaan beliau. Selain muka cikgu yang kelihatan cengkung, jalannya pula terpaksa dipimpin. Penglihatan beliau kabur. Sebak dada teman melihat keadaan beliau sedemikian. Hanya Allah yang tahu. Teman benar-benar tidak menyangka bahawa insan yang telah menginsankan ribuan insan menderita sakit sedemikian rupa. Ya Allah, Tabahkanlah hati beliau dan keluarga!
Namun demikian, ingatan beliau terhadap kami anak-anak muridnya tidak pernah padam. Sewaktu bersalam, beliau masih mampu mengingati nama-nama kami semua serta turut mengetahui perkembangan kami. Teman benar-benar terharu. Walaupun telah sekian lama meninggalkan sekolah, beliau masih peduli dengan kami. Tapi kami? Teman benar-benar insaf.
Mendengar cerita kesakitan yang beliau alami sangat memilukan. Beliau turut mengalami masalah jantung dan diabetis. Pergerakan beliau terbatas. Sungguhpun demikian, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan khidmat sebagai seorang guru di SK (P) Padang Rengas. Kata beliau, "selagi mampu, saya akan terus mengajar". Kata-kata beliau membuatkan teman tersentak. Teman membandingkan situasi kini yang mana banyak dari kalangan guru yang mudah giveup dengan tugas dan amanah yang diberikan.
Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau diberikan semula nikmat kesihatan dan semoga Allah menguatkan hati beliau menghadapi ujian ini. Amin!
foto : Mr Pian Laneh
Langgan:
Catatan (Atom)



































