Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Rabu, 30 Disember 2009

SelamaT penganTiN Baru Joe & Na


Tanggal 19 dan 20 Disember 2009 merupakan hari bersejarah buat pasangan merpati dua sejoli iaitu Jumhanafi Razman (joe) dan pasangannya Eliana Ramli. Kedua-dua pasangan mempelai ini merupakan anak jati kampung Laneh dimana Joe adalah anak Tuan haji Razman(ketua kampung) manakala eliana merupakan anak En. Ramli (lebih glemer dengan panggilan Daud api).

Bagi penduduk kampung Laneh, hari persandingan kedua-dua mereka amatlah istimewa, kerana selama dua hari dapur orang laneh tak berasap atau lebih tepat lagi, selama dua hari orang Laneh makan free.... Teman pun tak ketinggalan, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari hak3. kenduri deme berdua ni amat ler meriah, mane idoknyer, dua ekor kerbau tumbang. Bleh la dikatekan, "wedding of the year" cheewah.....

Kemeriahan telah mula terasa seawal petang jumaat 18 Disember, apabila orang kampung berpusu-pusu kerumah En. Daud untuk bergotong royong menyembelih dan seterusnya menyiang lauk-pauk yang bakal dihidangkan. Kalau bab bergotong royong ni, Orang Laneh memang bagus.Teman memang respek dengan orang kampung Laneh. Harap-harap tradisi ini dapat dikekalkan. Biarpun zaman berubah.

Berbalik pada cerite gotong royong tadi, antara orang yang paling sibuk adalah saudara Anuar dan Saudara Atan.Kedua-dua deme ni, abang kepada pengantin perempuan. kejap kulu, kejap kelo... tak duduk diam. Mane idoknyer, nak sambut adik ipor baru la katekan. Tentula bersemangat. Tamboh-tamboh lagi Anuar, kegembiraan jelas terpancar di wajah serinya itu.... hak3. Kalau bagi pihak pengantin lelaki, orang yang nampak gembira tak terkata adalah Yop Wahab dan adik beradik. Teman nengok semangat benor deme tu, lagi seminggu nak kenduri deme dah sibuk. Kemas rumah, bakor sampah, pasang khemah, cuci longkang, tebas rumput, sampaikan jalan raya pun disapu dek deme,nyaris tak di mop jalan tu. sampaikan teman dah tak tau ape lagi yang patut teman tolong.

Hari kenduri, tak payoh ler cakap, meriah ya amat..... tak dapat teman ceritekan. Siap ada pertandingan karoke ala-ala LANEH IDOL, pesertanyer hebat-hebat. Baru teman tau orang laneh sedap-sedap suara deme, ngalohkan Saleem dan Siti sarah.Meremang bulu roma dengornyer. Kat bawoh ni, ade ler skit gambor kenduri deme, pada pasangan pengantin, TAHNIAH teman ucapkan, Semoga berbahagia ke akhir hayat..........

Sabtu, 14 November 2009

Ape Ke Hey dengan Team Bola Perak Ni Yob!!!!

Terkejut teman bile dengor berita yang Pasukan bola sepak Perak, di umumkan sebagai antara enam pasukan yang tidak layak menyertai Liga Super 2010.Malu bebenor rasenyer teman, tamboh-tamboh lagi dengan bebudok yang duduk seromoh dengan teman. Kume semue doh ler peminat fanatik bola sepak (tapi tak segila peminat kelantan).



Pasukan yang hanya tinggal kenangan

Orang luor pun tak pecayer bile dengor berita tu. Mane idoknyer, Pasukan perak antara pasukan yang penuh tradisi dan kegemilangan. Buktinyer, tengok jer musim lepas, walaupun pemain semue bebudok mude, tapi masih maintain kat Liga Super. Teman harap bebudok ni akan mampu ler melakukan kejutan di masa depan. Tapi..... Hampeh!!! udoh tak layak pulak. Aje nyer penin!!!! Kalau ikutkan ati teman ni, nak jer teman lontor mercun kat atas meja mesyuarat FAM tu.. Tapi, orang perak tak macam tu. Orang Perak berbudi-bahasa. Lagipun bukan salah FAM, pengurusan yang macam hampeh (maroh ni!!)


Kome kalau ade berite terbaru pasal team Perak ni, post ler kat blog ni. Tak lena tido teman memikiokan hey ni. Takder Bola, boring ler hidup kite.... idok gitu?

Isnin, 5 Oktober 2009

Al-Fatihah.....

Al-Fatihah buat isteri Tok ajid, Allahyarham Tok Kasim, Allahyarhamah Poh walang dan Allahyarham Pak cu E (zahari) yang telah kembali Rahmatullah.......
semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas roh mereka.....

Rabu, 16 September 2009

SelamaT Hari RaYa AidilFiTRi... MaaF ZaHir dan BatiN

Di ksempatan ini, Teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya Masyarakat Kampung Laneh. Kepada para perantau, berhati-hatilah ketika memandu pulang berhari-Raya.

MOH KITE BERAYE BERSAMA-SAMA, KELILING KAMPUNG!!!!!!!!!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadan.....

Alhamdulillah, syukur teman ke hadrat Ilahi, kerana sekali lagi diberi peluang menyambut kehadiran Ramadan Al Mubarrak. Namun teman sedikit terkilan kerana tak dapat menyambut awal ramadan bersama-sama keluarga dikampung. Apakan daya, kerja menghalang hasrat teman.

Teman rase, orang kampung mesti tengah sibuk membuat persiapan menyambut puase. Tak kurang juge yang dah mule buat kuih raye. usoh ler awe benor buat kuihnyer yong!!!! kaghang habih dimakan tikuih...... hak3.

Teman ingat lagi, masa bebudok dulu.... mase tu, kate orang2 tue, kencin pun tak tuih lagi.....hak3. Bulan puase ni ler paling hapening kat Laneh tu. dari siang sampe ke malam, ade jer benda nak dibuat, tamboh-tamboh musim cuti sekoloh. Paling best waktu malam. pukul 6 dah ade kat masjid tolong hidang juadah berbuka puase. fuuuhhhh! masa tu masjid sangat meriah, mengalohkan stadium Perak. Suara Tok Lidi tak berenti-renti memberi arahan tentang cara2 menyusun lauk pauk yang bermacam2. Tok Lidi dah macam seorang jeneral mengarahkan askar-askarnye. Bile dah ramai dan ade kerjasama, khoje jadi senang dan cepat siap. Lauk pun ade yang hilang...opp's!

Lebih kurang pukul 7 malam, orang ramai pun mule ler datang ke masjid Al Raofiah, Kg Laneh untuk berbuka secara berjemaah..... hak3. Seingat teman ade beberapa orang yang jarang missed datang berbuka kat masjid, antaranya cik Mat selepang (Tok siak masjid), Tok Johan, Tok bey, pok husin Yob Isa serta anok-anoknyer. Deme ni ni, layok diberi anugerah. Kalau nok diikutkan ranking, ramai lagi, tapi itu jer yang teman ingat, maklumlah teman pun bukan muda lagi....hak3.

Satu perkara yang teman tak boleh lupe, adalah ketika diberi kepercayaan oleh Cik Mat selepang untuk mengatok ghantong atau bahasa pekannyer memukul Tabuh yang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. Pada molenyer teman gementor ler juge. Sebab nak katok ghantong ni, kena ade skill tersendiri, Cik Mat pun doh berpuluh tahun buat khojer tu, baru diberi taraf expert. Teman ni amatur pun blum layok. Kali pertama katok ghantong, heboh orang kampung, kate deme ade orang meninggal dunia. Mane taknyer.... Teman katok ghantong tujuh kali berturut-turut. Sama macam bunyi ghantong orang mati. sejak dari itu, teman telah di blacklistkan dari menjadi pengatok ghantong. Tugas tersebut diambil alih oleh Areen (Allahyarham) dan kadang-kadang oleh Pok pa.

Masa berbuka puase, memang best. Suapan pertama dalah suapan yang paling nikmat. Sehinggakan suasana di dewan makan masjid Laneh tu sunyi sepi. Sampaikan bunyi perut Nuar bulat berkeroncong pun boleh didengor. Macam yang Nabi Muhammad S.A.W sabdakan.... "salah satu kegembiraan orang berpuasa adalah ketika berbuka". Waktu berbuke ni, silaturrahim jelas tergambar, orang sebelum ini bermasam muka dek kerana kerbau peliharaan, Dapat duduk bertemu lutut dan memakan hidangan yang sama. Ada antara mereka yang yang bertukar-tukar juadah. Teman ingat lagi, Allahyarham Tok Imam Jamaludin ada membawa sebekas cucur pisang atau lebih glemer dengan panggilan jejemput pisang. Bawoknyer tak ler banyok. Tapi dapat dirasai bersama-sama oleh satu saf hadirin.

Doh selesai berbuka, para pemuda bergotong royong membasuh pinggan. Para pemuda inilah yang meneruskan kesinambungan generasi terdahulu yang ditugaskan membasuh pinggan. Antara Lagenda pembasuh pinggan terhebat abad ke-21 adalah... Pok pa, Abang Win, Cik Tun, Rizal Jebon, Pok Aris, Yob Wahab, Ja cik kinin dan ramai lagi. Kini semuanya dah pencen dan tugas tu diambil alih oleh pemuda generasi baru.

Buat kome yang ade kat kampung tu. Tunggulah kepulangan kami Anok-anok Laneh di Perantauan pada Hari Raya ini. Same-same ler kite buat rombongan beraye dari rumah-ke rumah. akhir selkali..... SELAMAT BERPUASA!!!!!!





Ahad, 2 Ogos 2009

Bola Sepak 7 sebelah kembali lagi!!!!

Teman ade bersoreh dengan bebudok Kampung masa balik cuti hari tu, kate deme tahun ni perlawanan bola sepak tujuh sebelah tertutup akan diadakan hujung tahun ni..... sebagai peminat dan pecinta bola sepak antarabangsa, teman menyokong penuh cadangan deme tu. Dari dudok huha tak tentu pase lebih baik main bola..... ape plak reaksi kome, ada cadangan lain? komen la kat ulasan kat bawoh tu.........

Jumaat, 12 Jun 2009

Jati diri yang Kian hilang.........

Hari gawai yang baru ni, Teman berkesempatan melawat rumah panjang atau istilah ibannye mengabang. Ngabang ni hanya ada pada hari gawai. Kalau orang Melayu kite, lebih kurang menziarah dari rumah ke rumah la. Para tetamu akan di hidangkan dengan makanan yang bermacam-macam sebagai tanda penghormatan. Sepanjang-panjang ruai (serambi) tu penuh dengan dengan hidangan dari setiap rumah. Pada mulanya teman risau juga, kerana macam-macam cerita yang teman dengar sebelum ni. Tapi semua cerita dan sangkaan Teman selama ini meleset. Masyarakat Iban ni, amat berbudaya dan sangat menghormati tetamu. Kami diberi layanan dengan amat mesra dan baik. Kami masih dapat bersembang kerana bahasa Iban ni ade bunyi-bunyi bahasa Melayu. Walaupun mereka tinggal di pendalaman, tapi mereka amat memahami sesitiviti kite sebagai orang Islam.


Seperkara lagi yang membuatkan teman betul-betul kagum dengan deme ni iaitu betapa kuatnya pegangan deme terhadap nilai-nilai budaya turun-temurun deme. Kehidupan deme tak jauh bezanya dengan kita kat Laneh tu, malah ada yang baik. Rumah deme macam rumah kite, ade TV, ade Dvd Player dan macam-macam lagilah... Tapi deme masih mahu tinggal di rumah Panjang. Anak-anak deme, bukan calang-calang orang, ade yang jadi jurutera petroleum, Usahawan, Doktor, cikgu dan macam-macam pekerjaan hebat yang mampu memberikan kemewahan. Tapi deme, masih mahu tinggal dalam kelompok masyarakat deme. Semua ini atas dasar Perpaduan dan Jati diri bangsa yang Kuat walaupun ada antara deme bukan seagama.



Masa teman duduk bersama-sama dengan deme, Teman terfikir.... adakah suasana bergotong -royong seperti ini akan dapat dilihat dalam masyarakat Melayu kita? Berat sama dipikul, Ringan Sama dijinjing. Dimana silapnyer orang Melayu kita ni.? Nak kata berlainan agama tak juge, semuanya orang Melayu beragama Islam. Berkongsi Adat dan budaya. Mempunyai matlamat yang sama. Mengapa kita masih tak dapat menerima kesamaan yang tersangatlah banyak sebaliknya memperbesar-besarkan perbezaan yang hanya sebesar zarah. Fikir-fikirkanlah............

Ahad, 7 Jun 2009

SeLaMaT PenganTin Baru Sham...

Semalam 7 jun 2009.... teman sempat menghadiri majlis ke kenduri kahwin encik shamsul bin sufian, anak ke pada encik sufian bin Badir( rumahnye dekat dengan empang laneh tu). Majlis kenduri tu cukup meriah dengan kehadiran para tetamu dari dalam dan luar kampung. Orang kampung macam biasa lah, bertungkus-lumus dan bergotong royong memasak lauk-pauk. macam-macam lauk ade.... ade ayam masak merah, daging masak hitam, ulam-ulam, macam-macam lagilah.... rendang rusa pun ade.... huhuhuhu. Dalam kesibukan teman dan bebudak muda lain masa kenduri tu, sempat jugalah teman tangkap beberapa keping gambo, tapi sayang, gambo pengantin teman tak dapat, sebab pengantin sampe lewat....... jangan Marah hehehehe...

Para tetamu yang hadir

Nak makan ler tu......

Sukarelawan pengutip pinggan..... hehehe


ayor sirap tiga rasa, resipi oleh yop wahab, dibancuh oleh Nuar Bulat, teman la tukang rasa hak3

Jumaat, 22 Mei 2009

Peringatan dari Kalam suci......

Ingatlah firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].

Selasa, 19 Mei 2009

Terima Kasih cikgu.....

selamat Hari guru...... Terima kasih cikgu...

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.
Di kesempatan ini, teman ingin mengucapakan SELAMAT HARI GURU pada cikgu-cikgu SEKOLAH KEBANGSAAN LANEH yang banyak berjasa kepada Teman dan bebudak Kampung Laneh yang lain. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik cikgu semua.

Menyorot kembali zaman persekolahan teman, teman seperti mana majoriti anak jati Kg Laneh, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laneh. Teman bermula di Tahun 1, pada waktu itu, Cikgu Abdin selaku guru besar. Masa tu punye la seronok masuk sekolah. Guru kelas Teman masa tu, Cikgu Adibah Hanim Bt Abdul Razak. Punye la baik Cikgu Adibah ni. Tangan kawan teman luka, iaitu tangan si Rodwan b. Musid, beliau la yang balut. Siap usap kepala lagi supaya Rodwan tak menangis. Masuk plak tahun 2, Cikgu Zaini jadi Guru kelas. Cikgu Zaini ni punyer la lemah lembut, ini menyebabkan kami rase disayangi. Tahun 2 ni jugaklah teman telah dilantik menjadi ketua kelas, setelah Nazir di lucutkan jawatan kerana berkejar-kejaran dengan penolong ketua kelas. hak3.... lawak betul. Dah selesai tahun 2, naik plak Tahun 3, masa ni guru kelas teman ialah cikgu yang paling senior dalam sekolah Laneh, iaitu Allahyarham Cikgu Kadir. Namun Allah lebih menyayangi beliau, Tak lama beliau bersama kami . Beliau telah kembali ke Rahmatullah. Tahun 4, giliran Cikgu Rohaizad bin Agil mengambil alih kelas kami. Pada teman beliau mempunyai aura yang tersendiri sehinggakan setiap kata-kata beliau, teman ingat sampai ke hari ini.

Sedor tak sedor teman dah sampai ke Tahun 5. Cikgu Anita pulak jadi guru kelasnyer. Masa tu beliau agak serius, maklumlah, tahun depan nak UPSR, kene la buat garang skit. Tapi kami tetap sayang beliau. Beliau suka bagi hadiah hehehehe..... Tahun 6, tahun akhir teman kat sekolah laneh tu. Sepertimana tradisi, kelas tahun 6 akan di ambil alih oleh Cikgu yang paling ganazzzZ kat sekolah keb Laneh. Beliau ialah Cikgu Jamil bin Rashid Ali. Sebut jer name beliau, dari Paya Lintah bawak la ke lubok, semua orang tahu. Terkenal dengan ketegasanya dalam mendidik anak bangsa. Tidak dapat dinafikan, ketegasan beliaulah menjadikan kami semua sebenarnya-benarnya manusia. Teman ingat lagi, masa tu, teman dengan beberapa orang kawan hanya lulus cukup-cukup makan je kertas Bahasa Melayu. Ape lagi, seperti yang dijanjikan kepada kami, Rotan pun hinggap di tapak tangan. Punye la sakit yob, yong.... rase nak meraung jer. Kalau tak pikiokan malu, dah lame teman ngulin-ngulin atah lante tu.... huhuhu.

Di kesempatan ini Teman ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Cikgu-Cikgu yang telah mendidik teman dan kawan-kawan seangkatan. Dibawah adalah nama-nama mereka yang telah mencurahkan jasa dan bakti kepada murid SK Laneh tahun 1990-1996 sepanjang ingatan Teman :

Cikgu Abdul Halim bin Ngah Ramly ( Guru Besar)
Cikgu Khairam Bin Arshad (PK Hem)
Cikgu Jamil Bin Rashid Ali
Cikgu Yaakob Bin Hashim
Cikgu Mat Tahir
Cikgu Rohaizad bin Agil
Cikgu Anita
Cikgu Zaini
Cikgu Ainul hasma
Cikgu Adibah Hanim Bt Abdul Razak
Allahyarham Cikgu Kadir
Ustazah Rosmina
Ustaz Fakhrurazi
Cikgu Normawati
Teacher M.Manimakalai
Sir Ravindran
Cikgu Aznan (Guru pelatih MPIP 1996)
Cikgu Nora
Cikgu Mazlan
Cikgu Ridza Ahmad Nizam

serta-serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Laneh yang tidak Teman Sebutkan namanya.... Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik cikgu. Tak lupa juga kepada Pak Man & Kak Saadiah yang baik hati dan selalu sembang-sembang dengan kami.


TERIMA KASIH CIKGU....




Khamis, 14 Mei 2009

Renungi Puisi Nie Dalam-Dalam.....

Nukilan Zainal Abidin Mohd Zaidi

Bu kulu, bu kelo, bu kulu, bu kelo, bu kulu bu kelo…
Naik motor laju-laju
Hoha kulu hoha kelo
Lepak sane lepak sini hoha sane hoha sini

Bu kulu bu kelo..
Bohsia sana bohjan sini lepak-lepak buang mase
Bu kulu bu kelo bu kulu bu kelo
Anak-anak ku jangan kome bako ghumah kite ini
Dulu moyang kome bine ghumah […]


Dipetik dari: http://gurubashid.com

Rabu, 13 Mei 2009

Perak oh Perak.......

Salam...... Tujuan teman menulis artikel ni, bukanlah untuk mencari salah saper2... apatah lagi nak menyebelahi mane2 pihak. Teman cume nak meluahkan rase riso(risau) teman terhadap ape yang berlaku di negeri tanah tumpah darah kite....
Bagi teman, ape yang berlaku hari ni, ade hikmah disebaliknya. Kite sebagai orang Melayu yang beragama Islam, haruslah bersabar dengan dugaan yang menimpa negeri kite pada hari ini. Berbalik pada cerite riso tadi, ape yang teman risokan adalah survival perjuangan Bangsa Melayu itu sendiri. Pada hari ini, Melayu secara nyata dan pasti, telah berpecah. Titik persamaan dilupakan. perbezaan yang sekecil zarah itulah yang dilaung-laungkan dan dibangga-banggakan sehingga lupa siapa sebenarnya kite. Datuk Laksamana Hang Tuah pernah berkata, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". Tapi cuba kite fikirkan, apa gunanya Melayu kalau duduk merempat di bumi sendiri? Apa gunanya Melayu kalau nak makan pun terpaksa minta simpati orang lain? Mungkin ada antara kita yang memandang sinis persoalan yang teman utarakan. Mungkin ada yang berpendapat yang semua itu takkan berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini. Namun, janganlah kita lupa, Sejarah mungkin berulang.
Jika kita menyorot kembali zaman kejatuhan kesultanan Melayu Melaka, punca utama kejatuhan kesultanan itu, bukanlah dari jumlah armada Alfonso de Albuquerque ataupun kecanggihan persenjataan mereka. Tetapi, punca utamanya ialah perpecahan Melayu itu sendiri dan sikap pemimpin yang dengki terhadap bendahara Tun Mutahir sehingga diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Siapa pihak yang berkepentingan tu, tak payohlah teman ceritakan, teman rase kome pun paham sape yang teman maksudkan tu.
Konteks di perak pada masa ini, lebih kurang sama, kalau keadaan ini berterusan, tidak mustahil, BUMI DIPIJAK MILIK ORANG. Teman heran, Bile nak tentukan tarikh hari raye, semua orang ikut cakap sultan. Tak der sorang pun yang membantah, takderpun demonstrasi jalanan.... moralnyer kome pikio la sendiri. Teman raselah, kita ni terlalu mengagung-agungkan fahaman barat. Contoh fahaman barat yang kita dukung hari ni tak lain tak bukan ialah Demokrasi. Nyaris la kita tak ikut 100% demokrasi acuan barat, kalau tak lagi haru biru. Libang-libu orang Melayu kite di buatnye.
Udoh ler..... teman pun tak ndok tulis banyok2. Takut tersalah tulis, bahaye., sesungguhnya menjaga hati sesama umat tu adalah penting. Di kesempatan ini, teman nak berpesan, Kite kat Kampung Laneh tu, semuenyer bersaudara. Kalau takder pertalian darah pun, kita saudara seagama. Janganlah pasal hey2 macam ni, kite nak bermasam muka. Hidup Mati kite, di Laneh tu lah. Kita ni saling memerlukan. Ape yang baik tu, kite jadikan tauladan, yang buruk, jadikan sempadan. Sayangilah persaudaraan sesame kite..... sekian wassalam

"Teman Sayang Melayu"

Ahad, 3 Mei 2009

Kampung Laneh.....Tempat jatuh lagikan di kenang....

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulok tempat kite lahir dan tempat kite ngulin peghin (bergolek-golek) masa kecik-kecik dulu. Bagi teman, Kg Laneh meninggalkan banyok kenangan dan memori yang tak mungkin teman lupakan. sampei ke hari ni pun, kemane jer teman pergi, Kg Laneh tetap yang terbaik, walaupun di Laneh tu takder Shopping Complex, tak der bangunan beso-beso macam kt KL tu, Tapi kedamaian dan nostalgia yang membuatkan teman rindu dengan Kg. Tanyer la sapepun, bleh dikatekan hampir semua orang Kg yang merantau, akan menyatakan rasa rindu pada Kg masing-masing.....lain la kalau ade special case, tu lain cerite ler.... hehehehe.
Teman rase kome pun rope teman juge, terutamanya yang merantau jauh. Time-time rope ni ler kite akan teringatkan ayor sungei Laneh yang jernih tu. Bile tengah hari jer, time hari panas, mule la kite beramai-ramai memeriahkan sungei Laneh tu.... mane yang ade moto, berkonvoi ler deme ke Batu ampor tak pun mandi kat empangan Laneh. selain dari itu, bile tibe musim durian, Laneh tu dah macam pesta. pagi-pagi lagi dah bising jalan tu dengan bunyi moto orang kg mengangkut durian. tempat-tempat tumpuan dan tentulah, kedai Lan, Rumah abang win, dan tempat-tempat lain yang membeli buah durian.
Namun.... bile doh jauh ni, semua tu tak dapat nak dirasai lagi, dengo ceghite jer la dari orang Kg nun. Kalau balik pun, dah tak dapat nak buat semua tu, masing-masing sibuk dengan hey masing-masing. Kawan-kawan pu dah ramai yang merantau, nok jumpe semua pun tunggu time raye je la.....
pada kome yang ader ceghiter best.... tulis komen kat bawah tu..... bleh kite kongsikan same-same..... wasalam...
Laneh Resident

Sabtu, 2 Mei 2009

AL-FATIHAH BUAT CIK KININ

Teman baru dapat berita dari Laneh......... En. BulkhaiNi (CIK KININ) Telah kembali ke rahmatullah. Sepanjang Teman mengenali Beliau, Beliau merupakan seorang yang amat baik hati dan Prihatin terhadap Kampung Laneh. Jasa dan bakti yang telah beliau curahkan, terutama kepada anak-anak muda Kg Laneh akan sentiasa dikenang...... Teman dan angkatan pemuda Kg Laneh mengucapkan takziah buat ahli keluarga.......AL-FATIHAH.....

Isnin, 2 Mac 2009

CaTaTaN Dari Bumi KenYaLang....

Aku merupakan antara puluhan anak Desa Laneh yang merantau ke negeri OraNg. walaupun perantauan aku tidak sejauh mana, namun....Banyak yang ingin aku KoNgsikaN untuk renungan kita bersama. 2009 adalah Tahun ke dua aku di negeri SaraWaK ni. Kini, aku berada di perkampungan terpencil yang terletak di DaeRaH BARAM. Kerjaya membawa aku ke sini .aku tidak PerNaH menduga sama sekali bahawasanya di MaLaysia yang maju ini masih ada masyarakat yang Hidup serba-serbi kekurangan..... Bukan nak memperlekeh tapi itulaH hakikat sebenar MasyarakaT di sini. Sungguhpun begitu, aku kagum dengan ketabahan dan kegigihan masyarakat di sini melalui liku-liku hidup.
mana tidaknya, majoriti masyarakat yang tinggal di sini, berumur atas 60 tahun malah ada yang sudah mencecah 95 tahun. namun, masih gagah ke kebun untuk menoreh getah, ke bendang, ke Sungai untuk mencari ikan.

Pernah pada satu hari, ketika aku bersama-sama rakan-rakan yang lain ingin ke bandar MIRI, kami terserempak dengan seorang Akik(Datuk) sedang berjalan kaki menyusuri jalan di tengah panas terik. Mungkin kerana kasihan, Pak cik yang memandu Pacuan 4 roda (HILUX) itu berhenti lalu mempelawanya naik. Tanpa berfikir panjang, dia terus melompat gagah ke belakang kenderaan tersebut lalu berdiri bersama-sama kami. Setelah itu, kawanku bertanya kepada akik tersebut tentang arah tujuannya berjalan sejauh itu. Katanya hendak ke Huma (sawah) di sembubuk (Nama TempaT). Kami terkejut, kerana sebelum ini kami diberitahu jarak antara tempatnya dengan sembubuk kira-kira 2 jam perjalanan dengan menggunakan hilux. Katanya, kalau berjalan kaki ia mengambil masa kira-kira 4 jam. kalau dari Laneh, bleh sampe kolumpo 4 jam tu, selembab-lembab moto Nuar Bulat pun, bleh sampe kolumpo dalam tempoh tu hakahakhak.....

Seperkara lagi, di kawasan ini tiaDa bekalan air atau eLektrik. MasyarakaT disini, Hanya bergantung kepada Ayor Ujan dan ayor sungei. ag0knyer kalau tak hujan, dengan aku-aku sekali terjun sungei mandi dengan bebudok tu... harap-harap idok ler.....

Selain dari itu, majoriti masyarakat kat sini adala PaGaN( tanpa agama) oleh itu, jangan harap la nak berjemaah di masjid. apatah lagi nak sembahyang JuMaaT. Laneh juge Yang Untung, ade dua tempat semayang. Kalau ikutkan hati, nak aku mintak Jabatan agama pindahkan masjid Laneh tu ke sini.. hak....hak...... Kot2 mau deme masuk ISLAM. kalau di Laneh, peTang-petang bleh Lepak kedai KinG atau kedai BedOH....... tapi di sini, Petang-petang, duduk atas tangga rumah menunggu malam tiba. kul 10 dah tidur pun.. NaK telifoN pun payah, kena panjaT bukit baru puah berlabun.

Ape-apepun....... aku harap, kita bersyukurlaH dengan Nikmat YanG kite dapaT Kat Laneh tu... SyukurlaH dengan NikmaT ISLaM yang kita warisi. SAYANGILAH PERSAUDARAAN INI..........

sekian, wassalam....
"PencinTa DesA"

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!