Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Selasa, 30 November 2010

PANTUN TENTANG KITA

Mike Melayu, teman pun melayu,
Namanyer Melayu dah tentu Islam,
Ape lagi yang kome gaduhkan tu?
Ayuh, berpadu tegakkan Islam.

Kuala kangsar bandar di raja,
Tempat tumpuan berbagai bangsa,
usahlah kita bersikap derhaka,
Tanpa Raja siapalah kita.

Ekonomi maju rakyat gembira,
Nak makan senang nak tidur pun senang,
Tapi satu jangan dilupa,
Agama Islam mesti dipegang.

Sana pemuda sini pemudi,
Amboi, bergaya mengalahkan menteri,
Terdetik rasa musykil dihati,
Masjid tak pernah mereka kunjungi.

Buah betik didalam peti,
Betik dimakan si anak itik,
Kaum hawa asyik mengaji,
Kaum Adam sibuk berpolitik.

Indah nian masjid Al-Raofiah,
Atap baru kolah pun baru,
Ape lagi ditunggu wehhh!
Moh kita berjemaah disitu.......

yang baik jadikan teladan
yang buruk jadikan sempadan
"orang Laneh"

Sabtu, 28 Ogos 2010

Semua ini angkara Inggeris.......

Ya, semua ini angkara Inggeris. kerana Inggerislah ketuanan Melayu semakin terhakis. Kerana Inggerislah Bangsaku dihina, dicaci, decerca dan dianggap pemalas dan Inggeris jugalah yang membawa masuk bangsa yang mahu memijak kepala orang Melayu. Semua Melayu sedar hakikat ini, semua Melayu tahu ketuanannya dipertikaikan. Namun Melayu tetap Melayu.... Terhutang budi sehingga menggadai tanah sendiri!!!!!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.



Janganlah kamu bertanya apa yang negara sumbangkan untuk kamu,
Sebaliknya bertanyalah, apa yang telah kamu sumbangkan untuk negara,
Tanah ini milik kita, petahankan selagi jasad dikandung badan,
Patah sayap bertongkat paruh....
MERDEKA!!!!!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Sungai Laneh Keruh?

Apa perasaan kome bile melihat sungai tempat kome bermain dan menghabiskan masa ketika kecil dicemari dengan kelodak-kelodak akibat kesan pembalakan? Apa pula perasaan kome apabila tidak kelihatan lagi ikan berenang-renang di dalam air?

Bagi teman, tidak ada perasaan lain selain dari marah dan rasa sepak bertubi-tubi orang yang mencemari sungai Laneh tempat teman membesar. Untuk pengetahuan kome, nama Kampung Laneh berasal dari perkataan jernih. Jadi, apa maknanya nama Laneh jika air sungainya sudah tidak jernih?

Takkan kita nak tukar nama kampung kita kepada Kampung Keruh? Nanti marah pula orang Kampung Keruh Hulu dan Kampung Keruh Hilir sebab meniru nama kampung deme.

Menurut sumber-sumber tertentu, punca berlakunya pencemaran air di sungai laneh disebabkan oleh pembalakan. Pada pendapat teman, isu semacam ini hanya dapat diselesaikan oleh Karam Singh Walia. Persoalannya, sampai bila sungai Laneh harus keruh? Orang-orang yang berkenaan, kenyang memakan hasil balak. Yang menderita, adalah kita iaitu rakyat.


Isnin, 19 Julai 2010

Kereta digilap pagi petang, kesihatan diri tidak terjaga

BERUAS 19 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu rakyat melihat kenaikan harga gula baru-baru ini dan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi sebagai titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan yang lebih sihat.

Baginda bertitah, pemakanan dan amalan gaya hidup sihat penting kerana ia salah satu daripada komponen negara maju selain dapat mengurangkan perbelanjaan program kesihatan yang semakin meningkat.

"Peningkatan harga gula dan bulan Ramadan, semoga dapat dijadikan titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam tubuh serta melatih diri untuk makan dan minum secara seimbang, sederhana dan sihat.

"Jika bilangan yang mengalami organ rosak semakin ramai, maka beban tanggungjawab kerajaan dan kakitangan perubatan tentulah akan meningkat," titah baginda merasmikan Klinik Kesihatan Pantai Remis, Manjung di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam titahnya, Raja Nazrin turut menegur mereka yang sanggup bersusah payah memastikan hak milik peribadi seperti kereta terjaga dengan baik tetapi tidak mahu melakukan perkara yang sama terhadap kesihatan diri.

"Adalah satu ironi apabila seorang pemuda memiliki karakter yang mengambil berat penyelenggaraan kereta, digilap pagi dan petang, dihantar ke bengkel untuk pemeriksaan setiap tiga bulan sekali, disembur cat baru pada setiap calar kecil, dihiasi pelbagai aksesori, dilindungi dari panas dan embun.

"Sedangkan tubuh badan sendiri, dia seorang perokok, mengambil minuman keras secara keterlaluan, mengambil makanan berlemak dan berminyak serta garam dan gula secara berlebihan, tidurnya lewat, tidak langsung beriadah atau bersenam, tidak kisah kepada kebersihan diri, obesiti serta terlibat dengan kegiatan tidak sihat," titahnya.

Jelas Raja Nazrin, akibat tidak mengambil berat terhadap soal kesihatan bilangan rakyat yang menanggung sakit kronik kini makin bertambah.

"Perangkaan terkini Yayasan Jantung Malaysia menunjukkan 44 peratus warga Malaysia berada dalam kategori obesiti, 25 peratus merokok, 33 peratus mengalami tekanan darah tinggi, 15 peratus diabetes sementara 21 peratus kandungan kolesterol yang tinggi.

"Sebanyak 60 peratus warga Malaysia langsung tidak melakukan riadah dan hanya 11 peratus yang melakukan riadah secara berdisiplin untuk memenuhi tahap minimum diperlukan," titahnya.

Dipetik dari utusan malaysia 20 julai 2010

Ketepikan perbezaan demi perpaduan Melayu

KUALA LUMPUR 19 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar rundingan antara Pas dan UMNO dilaksanakan segera kerana kedua-dua parti itu dilihat memperjuangkan dasar yang sama.

Pengarah Latihan PPIM, Dr. Izham Nayan berkata, perbezaan antara kedua-duanya perlu diketepikan kerana sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersatu berikutan perjuangan mengenai agama dan bangsa yang semakin menyimpang akibat tuntutan politik.

"Justeru kedua-dua parti itu perlu ikhlas dan terbuka dalam rundingan tersebut demi menyatupadukan orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu.

Menurut Izham, agenda politik sepatutnya sekadar menentukan pemimpin yang memerintah dan bukannya bagi memecahbelahkan bangsa.

Beliau berkata, jika dendam Pas menjadi penghalang, UMNO perlu meminta maaf dengan ikhlas asalkan perpaduan sesama Melayu dan Islam tercapai.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merayu Pas supaya mengetepikan prasangka buruk terhadap keikhlasan UMNO untuk mengadakan rundingan.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, Pas perlu yakin dengan rundingan tersebut kerana UMNO tidak mempunyai kepentingan peribadi sebaliknya mahu menyatukan bangsa Melayu.

"Pas juga mempunyai keikhlasan tetapi sejarah hitam lalu menyukarkan proses rundingan ini.

"Zaman telah berubah begitu juga dengan pendirian pemimpin, tidak salah jika kedua parti saling mempercayai demi kepentingan bersama,'' katanya.

Beliau berkata, sekiranya rundingan gagal, nasib orang Melayu terutamanya generasi muda sebagai pemimpin akan datang ibarat telur di hujung tanduk.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mencadangkan supaya perpaduan Melayu dan Islam dapat dikembalikan melalui rundingan Pas dan UMNO demi melaksanakan tuntutan agama.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya kedua parti kembali kepada tuntutan agama untuk bersatu padu, maka keputusan bersama dapat dicapai demi mengembalikan kuasa orang Melayu.

"Malangnya, Pas tidak menjadikan ikatan silaturahim sesama Islam sebagai keutamaan kerana terlalu ghairah dengan kepentingan politik.

"Pas sanggup terikat dengan telunjuk DAP untuk kepentingan mereka tetapi mengetepikan soal perpaduan Melayu," jelasnya.

Dipetik dari utusan malaysia 20 Julai 2010

Isnin, 14 Jun 2010

Al-Fatihah buat saudara Rosli bin saufi.......

Ajal maut ketentuan Ilahi. kita manusia hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Petang tadi, teman mendapat berita sedih iaitu salah seorang sahabat teman iaitu saudara Rosli bin saufi telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Usia beliau baru menjangkau 28 tahun. Namun, seperti yang teman nyatakan tadi, ajal ketentuan Ilahi. kita yang hidup perlu redha atas ketentuaNya.
Pada teman, saudara Rosli seorang sangat baik hati dan tidak memilih kawan. Kali terakhir teman bertemu dengan beliau ialah sewaktu solat Jumaat tempoh hari. Di wajah beliau tergambar keceriaan, tiada sebarang tanda-tanda yang beliau akan pergi meninggalkan kita.
Sewaktu jenazah beliau tiba di rumah petang tadi, teman sempat menatap wajah beliau. Sebak hati teman bila terkenang kenangan memancing, bermain bola sepak, bermain perang-perang dan banyak lagi. Beliau bukan sahaja sebagai kawan, malah teman anggap sebagai abang yang banyak memberi teladan yang baik kepada generasi muda.
Buat keluarga Allahyarham, tabahlah menghadapi dugaan ini, sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau..... Alfatihah.....

Selasa, 8 Jun 2010

Memori senapang kayu

Pada satu petang ketika teman sedang enak menghirup segar udara desa, teman telah dikejutkan dengan deruman enjin motosikal. Dari jauh lagi teman sudah dapat meneka empunya bunyi motosikal tersebut. Tekaan teman tepat, motosikal tersebut telah ditunggangi oleh saudara mazlan atau lebih dikenali dengan Lan Doa. Sedang beliau menunggang laju, beliau menoleh kearah rumah teman sambil bersorak, Katanya "Ape la kamu, nak perang dengan aku pun takut!!!!!!".
Teman terpinga-pinga dengan sorakan tersebut. Teman cuba mengingat kembali mengenai peperangan yang dimaksudkan oleh saudara Lan. Seingat teman, teman tidak berseteru dengan Lan, malahan Lan adalah sahabat baik teman sewaktu bersama-sama menanam bunga di R&R Kuala kangsar dahulu. Tidak berapa lama kemudian, baru teman teringat, semalam saudara mazlan ada mengajak teman pergi ke cyber cafe untuk bermain Caunter Strike.
Teman ketawa sendirian apabila mengenang ajakan Lan yang teman tak penuhi itu. Teman sama sekali tidak menyangka yang Lan bersungguh-sungguh hendak berperang dengan teman. Tiba-tiba teman teringat nostalgia lama sewaktu zaman kanak-kanak. masih segar dalam ingatan teman apabila kawan-kawan datang ke rumah teman mengajak bermain perang di kawasan berhampiran sungai Laneh. Perang yang dimaksudkan adalah perang dengan menggunakan senapang kayu.
Teman masih ingat bagaimana, teman dan kawan-kawan sama-sama memotong papan untuk dibentuk menjadi senapang. Kanak-kanak kampung Laneh sememangnya kreatif, Bentuk senapang dipelbagaikan. Ada yang berbentuk M-16, Shotgun malahan ada yang berbentuk Pump Gun.



Kami dibahagi kepada dua kumpulan, setiap kumpulan mestilah bekerjasama melumpuhkan modus operandi pihak musuh. Strategi yang digunakan juga menjadi rahsia sesama pasukan. Jerangkap samar turut dibina. Setiap pasukan seboleh mungkin menawan musuh.Teman masih ingat, bagaimana teman berjaya menembak saudara Epoi iaitu cucu Tok Ajid. Tatkala peluru biji kopi singgah dibelakang tengkuknya, dia menjerit kesakitan. Nasib baik tak mati, hehehehehe..
Namun tembakan teman telah dibalas dengan puluhan peluru biji kopi dari pasukan lawan. Teman telah tumpas di medan perang. Teman telah ditawan dan dibawa ke kubu musuh.Senjata telah dirampas dan teman menjadi tawanan.
Kini, rata-rata mereka yang berperang dengan teman dahulu menjadi perajurit dan memegang senjata. Saudara Epoi sendiri merupakan anggota Polis. Teman pula hanya memegang kapur. Tak layak nak jadi perajurit kerana tak cukup ilmu peperangan sehingga ditawan musuh. Teman terima hakikat itu seadanya.
Era ini, tiada lagi anak-anak desa yang bermain permainan seperti ini.Mereka lebih gemar bermain permainan video. Pada teman, setiap sesuatu itu, ada kebaikan dan keburukan. Namun, setiap kanak-kanak wajar menikmati zaman mereka dengan cara tersendiri agar memori itu akan kekal menjadi kenangan manis.

Prebet Lapok

Jumaat, 4 Jun 2010

Intipati Khutbah Jumaat Masjid Al Raofiah Kampung Laneh

Tarikh: 4 Jun 2010
Disampaikan oleh: Tuan haji Salman

Khutbah yang disampaikan berkisar kepada golongan belia yang menjadi harapan dan tonggak Nusa dan bangsa. Khatib mengingatkan golongan belia agar tidak terus leka dan alpa dalam menjalani hidup penuh pancaroba ini.

khatib sekali lagi mengingatkan golongan belia agar sentiasa berpegang kepada ajaran Al-Quran dan hadis dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Golongan belia sepatutnya mengambil iktibar dari gejala-gejala sosial yang berlaku kini dan berusaha untuk menjauhinya. Khatib juga meminta golongan belia mencontohi belia Ashabul Khafi yang sanggup mempertahankan akidah dan iman mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas sesuatu.

Ahad, 30 Mei 2010

Belia Melayu Semakin Hanyut...................

Alhamdulillah setelah lama teman meninggalkan Desa tercinta, kini teman berkesempatan pulang menjengah bumi semenanjung yang bertuah ini. Benar kata "pepatah hujan emas di bumi orang,hujan batu di bumi sendiri, baik lagi di bumi sendiri".

Namun, dalam asyik teman menikmati pemandangan yang telah lama teman tinggalkan, tiba-tiba mata teman tertumpu pada satu sudut, kelihatan beberapa remaja sedang duduk melepak sambil berborak. Ruang udara di sekitar mereka dipenuhi asap rokok.Kata-kata kesat dilontarkan tanpa segan silu. Orang yang lalu-lalang tak pernah dihiraukan. Lebih buruk lagi ada antara mereka mengejek sesiapa sahaja yang pada pandangan mereka tidak sependapat dengan mereka.

Pada pendapat teman,situasi seperti ini bukanlah sesuatu yang asing pada masa ini. golongan belia dan beliawanis sebegini ada dimana-mana waima di ceruk desa sekalipun.Cuma yang membezakan mereka adalah setakatnmana mereka menerima pengaruh kuning ini.Pada hemat teman,gejala sedemikian berlaku adalah disebabkan diri remaja itu sendiri disamping pengaruh persekitaran yang semakin mencabar. Hiburan yang melampau juga menjadi salah satu faktor. Hal ini dapat dibuktikan apabila konsert-konsert hiburan dianjurkan, penonton yang paling ramai mengunjungi konsert seperti ini tak lain tak bukan adalah remaja Melayu. Kita perhatikan pula apabila, sidang-sidang keilmuan, keagamaan atau apa sahaja yang melibatkan aktiviti ilmiah, kemana perginya golongan Melayu?

Situasi ini benar-benar membimbangkan. Jika beginilah citra masyarakat Melayu kini, tidak mustahil suatu hari nanti Melayu akan tinggal sejarah. Ingatlah wahai anak bangsaku, musuh-musuh kita tidak pernah redha dengan kita. Mereka sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan ketuanan dan merosakkan pemikiran kita walaupun mereka mengaku sebagai kawan. fikir-fikirkan........

Jumaat, 19 Mac 2010

Toi si Rider Laneh

Petang tadi teman seperti hari-hari biasa di kampung Laneh yang aman damai ni, teman pergi ke padang bola sepak. hari ni, teman datang agak awal. Blum lagi pukul 6 teman dah sampai. Geng-geng Laneh biasenyer main sejam awal dari jadual perlawanan Liga Super haahaha.......

Sesampai jer di Padang Bola sepak, suasana agak lengang, yang kelihatan cuma Yob Wahab sedang mengisi minyak mesin rumput di penjuru padang. "Mungkin deme nak nebas rumput ari ni agaknyer....." kate teman pada hafiz Tok Pon yang sedang membonceng di belakang 125Z merah kepunyaan teman hehehee....

Tiba-tiba, mata teman tertumpu pada aksi seorang remaja yang bernama TOI. name penuhnyer kalau tak silap teman AZIZI. Tapi name glemernyer adalah TOI. Teman tak tau plak dari mane datangnyer name TOI tu. Toi ni rajin budoknyer, tiap-tiap hari teman perhatikan dier menolong Yob wahab dan anaknya yang bernama wawan mengembala lembu. Namun, apa yang menariknyer adalah aksi TOI mengembala lembu ala-ala orang Mexico. Kalau kome ade bersame-same teman pada waktu tu, dah tentu kome ngulin ngelantang ngekek... yang lembu tu plak, ikut jer rentak si TOI. Dengan ini terbuktilah bahawa TOI adalah Rider sejati Laneh.... hahahahahahaha




Khamis, 18 Mac 2010

Pasukan Perak mampu bangkit....

13 Mac 2010 yang lalu, semasa dalam perjalanan balik ke Laneh dari kuala lumpur, teman berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pasukan perak menentang Pasukan T-Team di stadium Ipoh, perak. Teman bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang. Bawok kereta pun tok ler laju, bak kate oang-orang mude, "Memandu sambil Layan jiwa". Teman sampai ipoh kira-kira pukul 8.15 malam. pada mulanyer, libang-libu juge pikiran teman, macam-macam persoalan dalam kepale teman ni.... sempat lagi ke nak masuk stadium? ade lagi ke tiket? ade ke tempat parking? untuk memastikan keputusan yang teman buat tepat dan bernas, teman berenti kejap tepi lebuhraye dekat dengan tol simpang pulai tu.

Setelah lame memerah otak, kate putus dicapai, teman mengambil keputusan untuk singgah di Stadium Ipoh. Lagipun dah dekat dua tahun teman tak nengok Team Perak main. Ikut nasib ler, kalau ade rezeki kang, dapat ler teman tengok bola. Teman bergerak dari simpang Pulai, kire-kire pukul 8.20 malam.

Sesampai jer di susur keluar Ipoh, semangat teman berkobar-kobar bile nampok lampu stadium menyegholang. Kalau ikutkan hati nak jer teman shuffle tengoh-tengoh lebuhraya tu. Tapi kerana teman sayangkan nyawa dan orang tersayang yang bakal teman jumpe, niat untuk shuffle di tengoh highway tu, teman batalkan..... hak3.

Akhirnyer, setelah meredah hujan dan trafic light. Teman pun sampai ke muka pintu stadium. Teman Kaget dan penuh kebingungan! Stadium Perak umpama funfair yang tiada pengunjung. Nampak meriah dengan sinaran lampu. Tapi orang kurang. Ade ler dua tiga kelompok orang berdiri kat tepi pintu tu.... Teman cuba menyedapkan hati, mungkin orang ramai yang dah masuk, maklum ler teman datang lambat. Teman pun parking kereta. Parking jer mane-mane, tak payoh bayor. Dalam hati teman, "Udoh kaye PAFA ni, sampai parking pun tak payoh bayor". Bukak jer pintu kereta... suasana lengang. soh senier!..... tak der langsung suara orang bersorak dari dalam stadium. Berdisiplin betui penyokong Perak.... hak3. Rupa-rupanya orang dalam stsdium tak ler seramai mane, ade ler due tiga kerat... itu pun sedare mare pemain-pemain Perak yang teman tak kenali itu. yang teman kenal K nanthakumar dengan Razali kandasamy. Yang lain.... haraammmmm kenal. Tempat duduk pun teman boleh pilih sesuka hati.. nak duduk, nak belunjur, nak baring, buat ler sesuka hati... asalkan tak ngaco orang.

Bile pikir-pikir balik, suasana sedemikian, memang menyedihkan. Penyokong pasukan perak seakan telah hilang semangat dalam diri mereka. Teman ingat lagi, masa zaman teman sekolah dulu, Teman dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk ke stadium. Bukan teman jer, malah golongan veteran pun turut sama. Kalau ade game kat Ipoh, suasana dah macam pesta. Atas lebuhraya tu penuh dengan kenderaan-kenderaan yang mengibarkan jalur Putih, kuning, Hitam. Kalau menang atau jaringan dihasilkan, kami akan bersalam-salaman walaupun orang disebelah tu tidak kami kenali. Itulah yang dinamakan semangat kesukanan. Pada pandangan teman, team Perak tahun ni ada potensi, tapi mereka perlu diberi lebih ruang, peluang dan insentif agar mereka akan lebih berusaha. Teman beharap, agar keadaan seperti ini tidak berterusan. keputusan malam tu, Perak menang 3-0. Teman pulang dengan perasaan yang gembira walaupun duka tetap ada.....


Hidup Perak!!!!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!