Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Selasa, 8 Jun 2010

Memori senapang kayu

Pada satu petang ketika teman sedang enak menghirup segar udara desa, teman telah dikejutkan dengan deruman enjin motosikal. Dari jauh lagi teman sudah dapat meneka empunya bunyi motosikal tersebut. Tekaan teman tepat, motosikal tersebut telah ditunggangi oleh saudara mazlan atau lebih dikenali dengan Lan Doa. Sedang beliau menunggang laju, beliau menoleh kearah rumah teman sambil bersorak, Katanya "Ape la kamu, nak perang dengan aku pun takut!!!!!!".
Teman terpinga-pinga dengan sorakan tersebut. Teman cuba mengingat kembali mengenai peperangan yang dimaksudkan oleh saudara Lan. Seingat teman, teman tidak berseteru dengan Lan, malahan Lan adalah sahabat baik teman sewaktu bersama-sama menanam bunga di R&R Kuala kangsar dahulu. Tidak berapa lama kemudian, baru teman teringat, semalam saudara mazlan ada mengajak teman pergi ke cyber cafe untuk bermain Caunter Strike.
Teman ketawa sendirian apabila mengenang ajakan Lan yang teman tak penuhi itu. Teman sama sekali tidak menyangka yang Lan bersungguh-sungguh hendak berperang dengan teman. Tiba-tiba teman teringat nostalgia lama sewaktu zaman kanak-kanak. masih segar dalam ingatan teman apabila kawan-kawan datang ke rumah teman mengajak bermain perang di kawasan berhampiran sungai Laneh. Perang yang dimaksudkan adalah perang dengan menggunakan senapang kayu.
Teman masih ingat bagaimana, teman dan kawan-kawan sama-sama memotong papan untuk dibentuk menjadi senapang. Kanak-kanak kampung Laneh sememangnya kreatif, Bentuk senapang dipelbagaikan. Ada yang berbentuk M-16, Shotgun malahan ada yang berbentuk Pump Gun.



Kami dibahagi kepada dua kumpulan, setiap kumpulan mestilah bekerjasama melumpuhkan modus operandi pihak musuh. Strategi yang digunakan juga menjadi rahsia sesama pasukan. Jerangkap samar turut dibina. Setiap pasukan seboleh mungkin menawan musuh.Teman masih ingat, bagaimana teman berjaya menembak saudara Epoi iaitu cucu Tok Ajid. Tatkala peluru biji kopi singgah dibelakang tengkuknya, dia menjerit kesakitan. Nasib baik tak mati, hehehehehe..
Namun tembakan teman telah dibalas dengan puluhan peluru biji kopi dari pasukan lawan. Teman telah tumpas di medan perang. Teman telah ditawan dan dibawa ke kubu musuh.Senjata telah dirampas dan teman menjadi tawanan.
Kini, rata-rata mereka yang berperang dengan teman dahulu menjadi perajurit dan memegang senjata. Saudara Epoi sendiri merupakan anggota Polis. Teman pula hanya memegang kapur. Tak layak nak jadi perajurit kerana tak cukup ilmu peperangan sehingga ditawan musuh. Teman terima hakikat itu seadanya.
Era ini, tiada lagi anak-anak desa yang bermain permainan seperti ini.Mereka lebih gemar bermain permainan video. Pada teman, setiap sesuatu itu, ada kebaikan dan keburukan. Namun, setiap kanak-kanak wajar menikmati zaman mereka dengan cara tersendiri agar memori itu akan kekal menjadi kenangan manis.

Prebet Lapok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!