Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Isnin, 19 Julai 2010

Ketepikan perbezaan demi perpaduan Melayu

KUALA LUMPUR 19 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar rundingan antara Pas dan UMNO dilaksanakan segera kerana kedua-dua parti itu dilihat memperjuangkan dasar yang sama.

Pengarah Latihan PPIM, Dr. Izham Nayan berkata, perbezaan antara kedua-duanya perlu diketepikan kerana sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersatu berikutan perjuangan mengenai agama dan bangsa yang semakin menyimpang akibat tuntutan politik.

"Justeru kedua-dua parti itu perlu ikhlas dan terbuka dalam rundingan tersebut demi menyatupadukan orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu.

Menurut Izham, agenda politik sepatutnya sekadar menentukan pemimpin yang memerintah dan bukannya bagi memecahbelahkan bangsa.

Beliau berkata, jika dendam Pas menjadi penghalang, UMNO perlu meminta maaf dengan ikhlas asalkan perpaduan sesama Melayu dan Islam tercapai.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merayu Pas supaya mengetepikan prasangka buruk terhadap keikhlasan UMNO untuk mengadakan rundingan.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, Pas perlu yakin dengan rundingan tersebut kerana UMNO tidak mempunyai kepentingan peribadi sebaliknya mahu menyatukan bangsa Melayu.

"Pas juga mempunyai keikhlasan tetapi sejarah hitam lalu menyukarkan proses rundingan ini.

"Zaman telah berubah begitu juga dengan pendirian pemimpin, tidak salah jika kedua parti saling mempercayai demi kepentingan bersama,'' katanya.

Beliau berkata, sekiranya rundingan gagal, nasib orang Melayu terutamanya generasi muda sebagai pemimpin akan datang ibarat telur di hujung tanduk.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mencadangkan supaya perpaduan Melayu dan Islam dapat dikembalikan melalui rundingan Pas dan UMNO demi melaksanakan tuntutan agama.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya kedua parti kembali kepada tuntutan agama untuk bersatu padu, maka keputusan bersama dapat dicapai demi mengembalikan kuasa orang Melayu.

"Malangnya, Pas tidak menjadikan ikatan silaturahim sesama Islam sebagai keutamaan kerana terlalu ghairah dengan kepentingan politik.

"Pas sanggup terikat dengan telunjuk DAP untuk kepentingan mereka tetapi mengetepikan soal perpaduan Melayu," jelasnya.

Dipetik dari utusan malaysia 20 Julai 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!