Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Jumaat, 31 Ogos 2012

Salam kemerdekaan 55

Assalamualaikum, 
Tak kisahlah apa atau siapa pun kita. Tak kisahlah samada janji ditepati atau janji dimungkiri. Tak kisahlah apa wadah perjuangan kita hari ini. Yang patut dikisahkan, MALAYSIA negara kita. Kalau musnah negara ni, mana kita nak pergi? Teman merujuk kata-kata cikgu sekolah teman dulu, katanya "kalau MALAYSIA huru-hara atau MALAYSIA kita ni didatangkan BALA, orang Cina boleh balik negara China, orang India boleh lari ke India. Kerajaan negara deme, bila-bila masa jer akan menerima mereka kembali. Orang MELAYU nak lari kemana? Indonesia? Mau dikejornyer kita dengan parang. Oleh itu, sedarlah! MALAYSIA ni adalah satu-satunya TANAH TUMPAH DARAH KITA orang MELAYU. Sepatutnya, sambutan kemerdekaan dapat menyatu-padukan kita. Polemik-polemik yang merugikan kita tidak sepatutnya timbul. Hal ini kerana, majoriti datuk moyang kita dulu berjuang menuntun kemerdekaan menggunakan wadah yang sama. Hari ini, kerana wadah yang berbeza, kita berpecah-belah. Perkara sebegini tidak menguntungkan.
      
 Teman tertanya-tanya, adakah kemerdekaan yang kita telah kecapi selama 55 tahun akan kekal untuk 55 tahun yang akan datang? Bagaimana pula nasib anak cucu kita 55 tahun akan datang jika hari ini bibit perselisihan dan perpecahan semakin ketara? Persoalan ini, teman tinggalkan untuk kalian semua.
Sumber foto: Mr.Razeli
Menyentuh soal, jiwa dan roh merdeka anak-anak muda hari ini masih boleh dipersoalkan. Kami anak-anak muda tidak berada di zaman penjajahan. Maka tidak hairanlah semangat kami tidak sehebat pejuang dahulu. Pendapat teman persepsi sedemikian tidak harus wujud dalam fikiran dan jiwa anak muda. Perjuangan mempertahankan KEMERDEKAAN lebih maha hebat dan lebih maha dahsyat berbanding perjuangan mendapatkan KEMERDEKAAN itu sendiri. Bangunlah, sedarlah wahai anak muda tiang agama, nusa dan bangsa. Tugas kita yang menanti kita lebih hebat dan berat. Generasi terdahulu telah menunaikan janji mereka buat kita. Generasi terdahulu telah melunaskan tanggungjawab mereka kepada kita. Kini, tanggungjawab kita pula untuk menunaikan janji buat generasi akan datang. Bangkitlah anak muda pejuang agama, nusa dan bangsa. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!