Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Jumaat, 21 Disember 2012

Hari Ini Dalam Sejarah.

Hari ini tanggal 15 Disember 2012 merupakan hari bersejarah buat Puan Nadia  iatu anak encik Bedui kerana hari ini beliau telah bergelar seorang isteri. Tambah manis lagi apabila inilah merupakan kali pertama majlis perkahwinan diadakan di Dewan orang ramai Kampung Laneh. Menurut Tuan Hj wahab Razman, perkahwinan puan Nadia ini merupakan sesuatu yang lain dari yang lain. Tambah beliau lagi, beliau bercadang untung menyandingkan anak-anaknya di perkarangan dewan suatu masa kelak.  Ahli JKKK merangkap Biro belia Kampung Laneh, Tuan Hj Shahir Hussein,  menyatakan beliau turut bercadang melangsungkan perkahwinan beliau bersama gadis pujaanya di Dewan Orang Ramai Kampung Laneh. Tuan Hj Shahir menyatakan, ibunya telah bersetuju dengan gadis pilihan beliau. Sidang media sempena perkahwinan beliau akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Ketika majlis perkahwinan Pn Nadia diadakan, dianggarkan 1000 tetamu telah hadir. Along anak En. Musa yang tinggal di Terengganu turut balik semata-mata ingin hadir kenduri ini. Begitu juga dengan En. Keba dan kawan-kawan yang sanggup bangun awal pada hari ini.



Sedara Sufian selaku sepupu pengantin yang masih bujang, telah menyumbangkan gam:bar-gambar sekitar perkahwinan. Gambar-gambar ini diambil menggunakan telefon bimbit Galaxy Note milik beliau. Beliau merupakan satu-satunya pemuda Laneh yang mampu membeli telefon seperti itu. Hal ini telah membuat Biro belia Kampung cemburu dan berbulu menyaksikan tingkah sedara Sufian mengambil gambar. 





















Pada sebelah petang, En.Din yang selaku DJ telah menjemput beberapa orang tetamu menyampaikan lagu. Mereka telah disaring terlebih dahulu sebelum menyampaikan lagu (berkaraoke). Saringan ini penting bagi mengelakkan cuaca yang cerah bertukar mendung. Saudara JM Sadat telah mendendangkan beberepa buah lagu. Kelunakan sura beliau membuatkan tetamu tidak mahu berganjak. Diberitakan JM Sadat akan mnyertai pertandingan nyanyian MENTOL pada tahun 2013 nanti...  Sekian, Wassalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!