Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Rabu, 13 Mei 2009

Perak oh Perak.......

Salam...... Tujuan teman menulis artikel ni, bukanlah untuk mencari salah saper2... apatah lagi nak menyebelahi mane2 pihak. Teman cume nak meluahkan rase riso(risau) teman terhadap ape yang berlaku di negeri tanah tumpah darah kite....
Bagi teman, ape yang berlaku hari ni, ade hikmah disebaliknya. Kite sebagai orang Melayu yang beragama Islam, haruslah bersabar dengan dugaan yang menimpa negeri kite pada hari ini. Berbalik pada cerite riso tadi, ape yang teman risokan adalah survival perjuangan Bangsa Melayu itu sendiri. Pada hari ini, Melayu secara nyata dan pasti, telah berpecah. Titik persamaan dilupakan. perbezaan yang sekecil zarah itulah yang dilaung-laungkan dan dibangga-banggakan sehingga lupa siapa sebenarnya kite. Datuk Laksamana Hang Tuah pernah berkata, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". Tapi cuba kite fikirkan, apa gunanya Melayu kalau duduk merempat di bumi sendiri? Apa gunanya Melayu kalau nak makan pun terpaksa minta simpati orang lain? Mungkin ada antara kita yang memandang sinis persoalan yang teman utarakan. Mungkin ada yang berpendapat yang semua itu takkan berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini. Namun, janganlah kita lupa, Sejarah mungkin berulang.
Jika kita menyorot kembali zaman kejatuhan kesultanan Melayu Melaka, punca utama kejatuhan kesultanan itu, bukanlah dari jumlah armada Alfonso de Albuquerque ataupun kecanggihan persenjataan mereka. Tetapi, punca utamanya ialah perpecahan Melayu itu sendiri dan sikap pemimpin yang dengki terhadap bendahara Tun Mutahir sehingga diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Siapa pihak yang berkepentingan tu, tak payohlah teman ceritakan, teman rase kome pun paham sape yang teman maksudkan tu.
Konteks di perak pada masa ini, lebih kurang sama, kalau keadaan ini berterusan, tidak mustahil, BUMI DIPIJAK MILIK ORANG. Teman heran, Bile nak tentukan tarikh hari raye, semua orang ikut cakap sultan. Tak der sorang pun yang membantah, takderpun demonstrasi jalanan.... moralnyer kome pikio la sendiri. Teman raselah, kita ni terlalu mengagung-agungkan fahaman barat. Contoh fahaman barat yang kita dukung hari ni tak lain tak bukan ialah Demokrasi. Nyaris la kita tak ikut 100% demokrasi acuan barat, kalau tak lagi haru biru. Libang-libu orang Melayu kite di buatnye.
Udoh ler..... teman pun tak ndok tulis banyok2. Takut tersalah tulis, bahaye., sesungguhnya menjaga hati sesama umat tu adalah penting. Di kesempatan ini, teman nak berpesan, Kite kat Kampung Laneh tu, semuenyer bersaudara. Kalau takder pertalian darah pun, kita saudara seagama. Janganlah pasal hey2 macam ni, kite nak bermasam muka. Hidup Mati kite, di Laneh tu lah. Kita ni saling memerlukan. Ape yang baik tu, kite jadikan tauladan, yang buruk, jadikan sempadan. Sayangilah persaudaraan sesame kite..... sekian wassalam

"Teman Sayang Melayu"

3 ulasan:

  1. alhamdulillah..di laneh semangat ukhuwah dan persaudaraan masih lagi menebal walaupun berbeza fahaman politik...Allah masih lagi sayangkan org laneh...
    bagi kalo bangsa melayu x bela bangsa melayu jangan harap bangsa lain nak bela bangsa melayu..
    melayu sebenonya dah banyak tersilap langkah..banyak sangat bagi muka pada bangsa lain..inila akibatnya...sokong membawa rebah...yang rugi sape?..melayu..yang untung sape...sendiri pahamla ye....
    p/s sejuk hati kalo pas dan umno bersatu.

    BalasPadam
  2. caya rrrrrrrrrrrr..tp ssh nk cri ulasan r???????

    BalasPadam
  3. peduduk laneh hampir bersatu. bagaimanapun untuk mcari kesempurnaan manusia mmg sukar tetapi yang penting kita saling menghormati sama ada yang tua mahupun yang muda taik kuda. biar politik memisahkan kita asalkan pertalian kita sebagai penduduk kampung laneh terus terjaga dan terus menghormatinya..

    BalasPadam

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!