Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Selasa, 19 Mei 2009

selamat Hari guru...... Terima kasih cikgu...

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.
Di kesempatan ini, teman ingin mengucapakan SELAMAT HARI GURU pada cikgu-cikgu SEKOLAH KEBANGSAAN LANEH yang banyak berjasa kepada Teman dan bebudak Kampung Laneh yang lain. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik cikgu semua.

Menyorot kembali zaman persekolahan teman, teman seperti mana majoriti anak jati Kg Laneh, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laneh. Teman bermula di Tahun 1, pada waktu itu, Cikgu Abdin selaku guru besar. Masa tu punye la seronok masuk sekolah. Guru kelas Teman masa tu, Cikgu Adibah Hanim Bt Abdul Razak. Punye la baik Cikgu Adibah ni. Tangan kawan teman luka, iaitu tangan si Rodwan b. Musid, beliau la yang balut. Siap usap kepala lagi supaya Rodwan tak menangis. Masuk plak tahun 2, Cikgu Zaini jadi Guru kelas. Cikgu Zaini ni punyer la lemah lembut, ini menyebabkan kami rase disayangi. Tahun 2 ni jugaklah teman telah dilantik menjadi ketua kelas, setelah Nazir di lucutkan jawatan kerana berkejar-kejaran dengan penolong ketua kelas. hak3.... lawak betul. Dah selesai tahun 2, naik plak Tahun 3, masa ni guru kelas teman ialah cikgu yang paling senior dalam sekolah Laneh, iaitu Allahyarham Cikgu Kadir. Namun Allah lebih menyayangi beliau, Tak lama beliau bersama kami . Beliau telah kembali ke Rahmatullah. Tahun 4, giliran Cikgu Rohaizad bin Agil mengambil alih kelas kami. Pada teman beliau mempunyai aura yang tersendiri sehinggakan setiap kata-kata beliau, teman ingat sampai ke hari ini.

Sedor tak sedor teman dah sampai ke Tahun 5. Cikgu Anita pulak jadi guru kelasnyer. Masa tu beliau agak serius, maklumlah, tahun depan nak UPSR, kene la buat garang skit. Tapi kami tetap sayang beliau. Beliau suka bagi hadiah hehehehe..... Tahun 6, tahun akhir teman kat sekolah laneh tu. Sepertimana tradisi, kelas tahun 6 akan di ambil alih oleh Cikgu yang paling ganazzzZ kat sekolah keb Laneh. Beliau ialah Cikgu Jamil bin Rashid Ali. Sebut jer name beliau, dari Paya Lintah bawak la ke lubok, semua orang tahu. Terkenal dengan ketegasanya dalam mendidik anak bangsa. Tidak dapat dinafikan, ketegasan beliaulah menjadikan kami semua sebenarnya-benarnya manusia. Teman ingat lagi, masa tu, teman dengan beberapa orang kawan hanya lulus cukup-cukup makan je kertas Bahasa Melayu. Ape lagi, seperti yang dijanjikan kepada kami, Rotan pun hinggap di tapak tangan. Punye la sakit yob, yong.... rase nak meraung jer. Kalau tak pikiokan malu, dah lame teman ngulin-ngulin atah lante tu.... huhuhu.

Di kesempatan ini Teman ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Cikgu-Cikgu yang telah mendidik teman dan kawan-kawan seangkatan. Dibawah adalah nama-nama mereka yang telah mencurahkan jasa dan bakti kepada murid SK Laneh tahun 1990-1996 sepanjang ingatan Teman :

Cikgu Abdul Halim bin Ngah Ramly ( Guru Besar)
Cikgu Khairam Bin Arshad (PK Hem)
Cikgu Jamil Bin Rashid Ali
Cikgu Yaakob Bin Hashim
Cikgu Mat Tahir
Cikgu Rohaizad bin Agil
Cikgu Anita
Cikgu Zaini
Cikgu Ainul hasma
Cikgu Adibah Hanim Bt Abdul Razak
Allahyarham Cikgu Kadir
Ustazah Rosmina
Ustaz Fakhrurazi
Cikgu Normawati
Teacher M.Manimakalai
Sir Ravindran
Cikgu Aznan (Guru pelatih MPIP 1996)
Cikgu Nora
Cikgu Mazlan
Cikgu Ridza Ahmad Nizam

serta-serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Laneh yang tidak Teman Sebutkan namanya.... Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik cikgu. Tak lupa juga kepada Pak Man & Kak Saadiah yang baik hati dan selalu sembang-sembang dengan kami.


TERIMA KASIH CIKGU....




2 ulasan:

  1. salam....huhu...sadis mendengar cerita zaman sekolah...memang lucu bebenar kalau nak diingatkan...walaupun teman ni takde kene mngene dengan kampung laneh tu, tapi kenangan masa sekolah rendah memang tak boleh lupa...teman ada satu cerita nak kongsi la jugak....teman ada seorang kawan...punya la takut kat seorang cikgu kumis lebat tu...nak gi toilet pun takut...dipendekkan cerita....dier melepas kat dalam kelas...baunya fuyooooo...mengalahkan minyak wangi jeniffer lopez yang maH-Hal tu....yang paling malangnya...teman la tukang basuh...huhuhuhuhu...apa2pun hidup kene diteruskan....majulah sukan untuk negara...eh..apa kaitan sukan dgn aku...?

    BalasPadam
  2. Tq kerana nama ku ada dalam kenangan mu

    BalasPadam

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!