Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Rabu, 4 Januari 2012

IBU BAPA PRIHATIN, ANAK CEMERLANG, LANEH GEMILANG!


Pertama sekali teman nak ucapkan tahniah dan syabas buat warga Kampung Laneh khasnya buat warga pendidik Sekolah Kebangsaan Laneh atas pencapaian UPSR yang pada teman sangat membanggakan. Teman benor-benor tak sangka yang murid SK Laneh boleh mencapai kejayaan sedemikian. Syabas juga teman tujukan buat warga Kampung Paya Lintah dan Kampung Labu Kubung. Kalau nak dibandingkan dengan zaman teman sekolah dulu, bagai langit dengan bumi. Zaman teman dulu, nak dapat sebatang A tersangatlah payah. Siang malam Cikgu Jamil Rashid Ali ngajar, tapi payah sangat nak masuk dalam kepala ni. jawabnyer bungkus. Yang betul-betul cemerlangnya pada zaman teman tu, anak Encik Yusuf Polis kite. hal ini sangat berbeza dengan murid zaman ini. Rata-rata teman tengok, deme semakin maju. Baru darjah enam tapi dah pandai main internet, online, dan macam-macam lagi. Teman dulu, darjah enam, ngayuh basikal jer. Buuu kulu, Buuuu Kelo! Udoh penat duduk bawah pokok rambutan. Deme ni idok. Asal memalam jer, teman nengok deme duduk nyandor di kaki lima Sekolah Arab tu. Pada mulanya teman mengesyaki ada aktiviti tidak bermoral yang deme lakukan. Teman pergi ler menyiasat. Sangkaan teman salah. roper-ropernyer, deme tengah Online menggunakan wifi rumah Yob Wahab. Untuk cover malu, teman pun buat-buat membaca papan tanda Sekolah Arab yang udoh lusuh tu.
Syukur Alhamdulillah, nampaknya apa yang dimatlamatkan oleh kerajaan semakin hampir dicapai. Kejayaan anak-anak murid kampung Laneh hari ini bukanlah atas tangan guru-guru semata-mata. Sebaliknya Ibu Bapalah yang menjadi perancang dan pedoman utamanya. peranan guru hanya terbatas di sekolah. Namun Ibu Bapa paling lama bersama mereka di rumah. Jangan bersikap indah tak endah dengan pelajaran anak-anak kita. Insyallah, suatu hari nanti anak kita itulah yang bakal menyenangkan kita dan memberi manfaat apabila kita menutup mata kelak.

P/s : Lihatlah juga isi kandungan Laptop/ Netbook anak anda....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!