Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Selasa, 28 Ogos 2012

Cikgu Jamil Rashid Ali, insan yang menginsankan insan!

Aidilfitri baru-baru ini, teman dan para pemuda Laneh telah berkesempatan  menziarahi  encik Jamil Rashid Ali (Cikgu) iaitu guru yang pernah menabur budi selama 18 tahun di Sekolah Kebangsaan Laneh. Generasi teman cukup mengenali beliau. Begitulah juga dengan generasi sebelum teman. Beliau terkenal dengan ketegasan dan kesungguhan beliau dalam mendidik kami. Sehingga banyak diantara kami (anak-anak muridnya) menjadi  "orang". Keprihatinan beliau memang tidak ada tolok-bandingnya. teman masih ingat bagaimana beliau setiap hari menjemput Allayarham Sudin yang enggan bersekolah. Beliau turut membelikan kelengkapan persekolahan untuk Allayraham yang pada ketika itu bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kami bukan sahaja diajar malah turut dididik oleh beliau. Berani teman katakan bahawa beliaulah antara guru terbaik yang pernah ada di sekolah tersebut. Kata-kata dan ucapan beliau menjadi hikmat buat kami. Beliau banyak mencorak pemikiran dan budaya murni dalam diri kami. Sebagai seorang guru kini, Teman sendiri pun banyak mengikut perwatakan beliau dalam mendidik anak-anak murid teman. Rumah beliau terletak  di Padang Rengas. Sebelum pergi, teman telah diberitahu bahawa cikgu dalam keadaan tidak sihat. Teman pun sudah lama tidak bertemu dengan cikgu. Seingat teman, kali terakhir teman bertemu beliau ialah pada tahun 2004 iaitu sebulan  sebelum teman menjejakkan kaki ke universiti. waktu itu, beliau sihat dan kelihatan ceria.


Tidak bertemu beliau selama hampir 7 tahun adalah satu tempoh yang panjang, berada di luar kawasan membataskan teman. Teman banyak mendengar berita mengenai cikgu daripada orang tua teman yang sering bertemu beliau. Menurut orang tua teman, cikgu Jamil mengalami masalah penglihatan. Sebaik sahaja teman dan kawan-kawan tiba di rumah beliau, teman sangat terkejut melihat keadaan beliau. Selain muka cikgu yang kelihatan cengkung, jalannya pula terpaksa dipimpin. Penglihatan beliau kabur. Sebak dada teman melihat keadaan beliau sedemikian. Hanya Allah yang tahu. Teman benar-benar tidak menyangka bahawa insan yang telah menginsankan ribuan insan menderita sakit sedemikian rupa. Ya Allah, Tabahkanlah hati beliau dan keluarga!

Namun demikian, ingatan beliau terhadap kami anak-anak muridnya tidak pernah padam. Sewaktu bersalam, beliau masih mampu mengingati nama-nama kami semua serta turut mengetahui perkembangan kami. Teman benar-benar terharu. Walaupun telah sekian lama meninggalkan sekolah, beliau masih peduli dengan kami. Tapi kami? Teman benar-benar insaf.
Mendengar cerita kesakitan yang beliau alami sangat memilukan. Beliau turut mengalami masalah jantung dan diabetis. Pergerakan beliau terbatas. Sungguhpun demikian, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan khidmat sebagai seorang guru di SK (P) Padang Rengas. Kata beliau, "selagi mampu, saya akan terus mengajar". Kata-kata beliau membuatkan teman tersentak. Teman membandingkan situasi kini yang mana banyak dari kalangan guru yang mudah giveup dengan tugas dan amanah yang diberikan.
Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau diberikan semula nikmat kesihatan dan semoga Allah menguatkan hati beliau menghadapi ujian ini. Amin!
foto : Mr Pian Laneh

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sedih sgt sebab x sempat jumpa...arwah cikgu Jamil selamat ke Rahmatullah...Allah lebih sayangkan beliau...wife arwah dtg jumpa..sebak mendengar ceritanya...

    BalasPadam

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!