Halaman

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel, pendapat, berita terkini atau sebarang komen. Sila e-mailkan kepada
*******************************************************************"misiputra@yahoo.com.my"********************************************************

PEMUDA GENERASI BARU

PEMUDA GENERASI BARU

sembang-sembang sesame kite

Ahad, 3 Mei 2009

Kampung Laneh.....Tempat jatuh lagikan di kenang....

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulok tempat kite lahir dan tempat kite ngulin peghin (bergolek-golek) masa kecik-kecik dulu. Bagi teman, Kg Laneh meninggalkan banyok kenangan dan memori yang tak mungkin teman lupakan. sampei ke hari ni pun, kemane jer teman pergi, Kg Laneh tetap yang terbaik, walaupun di Laneh tu takder Shopping Complex, tak der bangunan beso-beso macam kt KL tu, Tapi kedamaian dan nostalgia yang membuatkan teman rindu dengan Kg. Tanyer la sapepun, bleh dikatekan hampir semua orang Kg yang merantau, akan menyatakan rasa rindu pada Kg masing-masing.....lain la kalau ade special case, tu lain cerite ler.... hehehehe.
Teman rase kome pun rope teman juge, terutamanya yang merantau jauh. Time-time rope ni ler kite akan teringatkan ayor sungei Laneh yang jernih tu. Bile tengah hari jer, time hari panas, mule la kite beramai-ramai memeriahkan sungei Laneh tu.... mane yang ade moto, berkonvoi ler deme ke Batu ampor tak pun mandi kat empangan Laneh. selain dari itu, bile tibe musim durian, Laneh tu dah macam pesta. pagi-pagi lagi dah bising jalan tu dengan bunyi moto orang kg mengangkut durian. tempat-tempat tumpuan dan tentulah, kedai Lan, Rumah abang win, dan tempat-tempat lain yang membeli buah durian.
Namun.... bile doh jauh ni, semua tu tak dapat nak dirasai lagi, dengo ceghite jer la dari orang Kg nun. Kalau balik pun, dah tak dapat nak buat semua tu, masing-masing sibuk dengan hey masing-masing. Kawan-kawan pu dah ramai yang merantau, nok jumpe semua pun tunggu time raye je la.....
pada kome yang ader ceghiter best.... tulis komen kat bawah tu..... bleh kite kongsikan same-same..... wasalam...
Laneh Resident

4 ulasan:

  1. la ckp la komen kt ulasan tue...jenuh teman cari perkataan ulasan hihi

    BalasPadam
  2. dari kecik aku mmbesar di kampung laneh. akhirnya terpaksa aku tinggalkan kampung tercintaku sementara waktu untuk pergi ke utara demi mengejar cita2 dan akhirnya aku terpaksa meninggalkan kampung ku sekali lagi untuk pergi ke selatan demi mencari rezeki bagi merealisasikan impian ku selama ini.. walau jauh mana aku pergi tetapi hati ini tetap dikampung yang mana didalamnya penuh dengan pengisian yang penuh bermakna bagi ku dan kenangan2 manis. aku harap lahirnya aku di kampung tercinta dan semadinya aku juga di kampung tercinta. terima kasih untuk LANEH TERCINTA.....

    BalasPadam
  3. Baru hari ini dan saat ini aku baru dapat memegang key board komputer ini dengan tenang setelah anak tunggal aku tido (teringat pulak arwah Pak Ungel Nipah dan Pak Ungel Kama anak Pah Timah( anak Tunggal )dapatlah aku lama sikit kat komputer ni. Tapi tak boleh lama sangat juga nanti pukul 5 nak tengok Dong Yi.

    Kalau berciter bab tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak citer pasal kampung Laneh. Kg Laneh adalah tempat kelahiran arwah ayah aku. Walaupun aku tidak membesar di Kg Laneh tetapi sesekali balik bila cuti sekolah aku pasti balik ke Laneh. Masa itu aku teringat masa main "dangau" dengan Su, Nani, Yang, Eda dalam "berombang" (rumah padi ) di rumah Mak Ungel Timah. Lepas itu terojon pulak sungai (masa tu ayor dalam) kalau tak main rakit main sorok-sorok batu (Keme orang orang muda sekarang ada ke main tu lagi kat Sungai Laneh) Selagi tak bertempik arwah mak aku selagi tu tak naik sampat kecut kaki tangan berendam. Kalau Empang buka pulak, apa lagi kobek tebing pulak korek tanah liat buat kueh main masak-masak. Tapi sekarang keheningan Sungai Laneh telah tiada. Aku terkilan kerana anak Tunggal aku tidak dapat bermain-main macam aku dulu. Balik raya tahun lepas aku bawak juga dia mandi kat Sungai di Masjid aku dah berniat akan aku bawa dia mandi di Sungai dimana tempat aku berendam dulu.

    Tadi citer pasal main dan Sungai.
    Sekarang citer pasal main bila malam di bulan posa. Kalau dah abis bebuka je apalagi pasang panjut le. Ada panjut yang dibuat dari buluh, tin susu,tempurung nyor yang disusun pada kayu separas 4 kaki kemudian bakar tengok apinya macamana. Selalu abang aku buat panjut dari tin susu dan ada masanya beli juga pelita kat kedai arwah Cik Li Janggut kalau tak pun kedai Pak Enbi. Lepas tu apa lagi main ngorok-ngorok le. Kalau sapa-sapa naik main ngorok-ngorok mesti kena pak baju hitam. Lepas itu dah penat main terojon sungai Cik Yah Usop sekali lagi malam-malam mandi. Sebenarnya citer main ngorok-ngorok ni kalau tak salah aku ada citernya yang Kak Imah kena sorok dek hantu. Orang jumpa dia kat perodu buluh arwah Cik Kasim kat Umah Cik Ajit masa orang nak pergi noreh. ( Tapi ini bukan berlaku bulan posa masa tu dia nak pergi mandi nak pergi sekolah)

    Lepas tu citer pasal raya pulak. Kalau hariraya rumah pertama yang aku dan kawan-kawan akan pergi kau orang nak tau rumah sapa. Mestilah rumah Arwah Cik Li Janggut tokeh kedai. Bukan banyak pun sekupang je. Tapi masa tu sekupang macam sepuluh ringgit sekarang. Abis kampung Laneh aku dengan kawan-kawan beraya tak cukup tu pergi pulak sampai ke Kg Labu Kubung, Rambung, Lubuk rumah Cikgu Kadir (aku ikut je)

    Bila malam kalau nak tengok tv masa tu bukannya ada tibi lagi. Rumah yang ada Tibi rumah Cik Yah Usop dan kedai Yang Puat. Selalunya aku tengok kat rumah Cik Yah je, dekat.

    Hai, kalau nak diciterkan tak abis... itulah kisah aku dan kawan-kawan masa kecik-kecik kat Kg Laneh. Kini arwah mak aku pun dan 3 bulan pergi. Satu kehilangan yang teramat sangat aku rasakan. Tapi aku bersyukur kerana masih ada lagi Wan Cik Sopi, Cik Yah Usop dan Cu Midah tempat aku melepaskan rasa rindu terhadap arwah mak aku..... Semoga warga-warga emas Kg Laneh akan sihat. Apa khabor Cik Usop sekarang dah sihat ke agaknya..............

    BalasPadam
  4. Saya suka menjadi penduduk kg. laneh

    BalasPadam

Ayor yang sedap. Rase ler!

Ayor yang sedap. Rase ler!

Kerepek yang ENAK!

Kerepek yang ENAK!